• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Kematian Zulfarhan, 6 Tertuduh Dipenjara 18 Tahun

oleh
02/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah memutuskan hukuman mereka mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu selepas melihat kepada pertimbangan pelbagai aspek termasuk semua pihak terjejas terutama kesan dialami keluarga mangsa.

“Atas mitigasi, hujahan pemberatan hukuman dan melihat kesalahan yang kamu lakukan, mengambil kira umur kamu dan apa yang ditetapkan undang-undang.

“Bagi pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan untuk tertuduh satu hingga enam, saya jatuhkan 18 tahun penjara dari tarikh tangkap (21 Jun 2017).

“Bagi mereka dijatuhkan hukuman bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan, saya jatuhkan tiga tahun penjara. Mereka yang dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan berjalan secara serentak.

“Bagi mereka di bawah tuduhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan lebih daripada satu, ia juga berjalan serentak,” katanya ketika membacakan keputusan di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Katanya, jaminan denda RM7,000 juga dikekalkan kepada semua tertuduh.

“Saya benarkan penggantungan pelaksanaan hukuman penjara untuk tertuduh di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan saja (mereka dalam jaminan mahkamah).

“Jaminan RM7,000 dikekalkan supaya tidak ada antara mereka lari dari perbicaraan dan sebagainya,” katanya.

Sebelum ini, lima tertuduh, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan Osman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Manakala Abdoul Hakeem didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman sama.

Seramai 12 rakan mereka didapati bersalah mencederakan Zulfarhan Osman mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan.

Semua mereka yang kini berumur 25 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi pada 21 dan 22 Mei 2017.

Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Kredit: myMetro Online

Tags: Hukuman Penjarakematianpenuntut UPNMZulfarhan Osman Zulkarnain
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

19/05/2025
0

KLANG – Pendakwah selebriti, PU Azman bernasib baik, apabila dikenakan hukuman penjara 12 tahun berbanding 24 tahun yang dijatuhi Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd