• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekal Hutan Simpan, Kedah Wajar Dapat Pampasan RM100 Juta Setahun

oleh Mohd Arshad
22/11/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR : Kedah wajar menerima sekurang-kurangnya RM100 juta setahun sebagai pampasan terhadap komitmen mengekalkan hutan simpan, selain memastikan kelestarian alam semula jadi yang membawa manfaat besar kepada negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, jumlah itu adalah nilai paling munasabah setelah mengambil kira kerugian akibat kehilangan hasil hutan di samping kos penyelenggaraan sumber dan aliran.

Katanya, langkah Kedah mengekalkan kawasan hutan simpan bukan semata-mata untuk manfaat negeri ini, malah pengorbanan yang dibuat untuk seluruh negara.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menzahirkan persetujuan kerajaan Persekutuan memberi pampasan kepada negeri-negeri yang mengekalkan kawasan hutan simpan sebagai kawasan tadahan air.

“Mengambil kira kerugian akibat kehilangan hasil hutan, kos untuk penyelenggaraan sumber dan aliran bagi memastikan hutan dan kelestarian alam semula jadi, nilai sekurang-kurangnya RM100 juta setahun pampasan negeri Kedah adalah nilai yang paling munasabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan Pusat bersetuju memberi pampasan kepada Pahang serta negeri-negeri lain atas komitmen mengekalkan hutan simpan.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, luas keseluruhan kawasan hutan di negeri Kedah ialah 344,865 hektar meliputi 36.4 peratus daripada keseluruhan negeri.

-Utusan Online

Tags: hutan simpanKedahpampasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

05/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang semalam bagi tujuan pertuduhan selepas agensi itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd