• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Idris Tunggang Kapcai Ke Pusat Mengundi

oleh Cj Mnh
20/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan isteri, Datin Seri Fadilah Abdullah tiba di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lih Jen di Jalan Pokok Mangga di sini untuk mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Idris yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan tiba pada pukul 8.58 pagi dengan menunggang motosikal Yamaha 135LC.

Beliau bersama-sama isterinya dilihat melaksanakan tanggungjawab mengundi di saluran empat.

Idris menjadi Ketua Menteri Ke-10 dari 7 Mei 2013 hingga 10 Mei 2018 sebelum Barisan Nasional (BN) tewas kepada PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang kemudian dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir negeri oleh Ketua Menteri Ke-12, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali pada Mac tahun lalu.

Bagaimanapun, Idris bersama-sama tiga lagi ADUN kerajaan menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman, sekali gus menyebabkan kerajaan negeri tumbang pada 4 Oktober lalu. -Utusan Malaysia

Tags: PRN Melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah PMX Akan Ulangi Dakwaan ‘Sakau’ Di Melaka Jika PH-BN Bekerjasama?

Adakah PMX Akan Ulangi Dakwaan ‘Sakau’ Di Melaka Jika PH-BN Bekerjasama?

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengulangi dakwaan 'sakau' di Melaka sekiranya Pakatan Harapan (PH)...

PRN Melaka: BN Pilih PN Atau PH?

PRN Melaka: BN Pilih PN Atau PH?

09/08/2026
0

MELAKA - Perkembangan politik semasa mennyaksikan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing mengharapkan kerjasama Barisan Nasional (BN) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd