Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

KWSP Beli Bangunan Ibu...

LONDON - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaporkan membeli bangunan ibu pejabat Sports...

Tak Perlu Kempen #UndiRosak...

BUKIT KAYU HITAM - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah...

Covid-19: 3,926 Kes Baru,...

Sebanyak 3,926 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,668,139.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah...

“Hubungan Tak Baik, Tapi...

MASIH berlanjutan isu krisis antara Fasha Sandha dengan Nora Danish gara-gara episod 'dihalau'...

Hilang Di Tampin, Gadis 18 Tahun Ditemukan Selamat Di Melaka

TAMPIN : Seorang remaja perempuan yang sebelum ini dilaporkan hilang di Felda Jelai 4, Gemas di sini, ditemukan selamat di Melaka, petang semalam.

Bapa remaja itu, Muhammad Syafiq Jabri Abdullah, 47, berkata, anaknya, Nurbatrisyia Muhammad Syafiq Jabri, 18, ditemukan kira-kira pukul 6.50 petang oleh bekas adik iparnya.

“Memang berasa lega anak saya telah ditemukan dalam keadaan selamat di Melaka.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak, keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu mengesan anak saya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa anaknya itu bertindak menghilangkan diri, Muhammad Syafiq enggan mengulas lanjut namun mengakui ia berpunca daripada perselisihan faham dalam keluarganya itu.


Pada 2 November lalu, Utusan Online melaporkan seorang bapa bimbang keadaan keselamatan anak perempuannya berusia 18 tahun yang hilang dari rumah bekas ibu mentuanya di Felda Jelai 4, Gemas di sini.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mendapati remaja itu keluar dari rumah pada pukul 5 pagi sehari sebelum itu dengan menunggang basikal.

-Utusan Digital

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori