• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Caj Perkhidmatan 5G Dijangka Lebih Murah

oleh Mohd Arshad
25/11/2021
dalam Gaya Hidup, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Caj perkhidmatan 5G yang akan dilaksanakan nanti dijangka lebih rendah berbanding penggunaan 4G yang diguna pakai masa ini.

Menteri Kewangan, Senator, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia selaras dengan usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai pengawal selia memastikan harga yang ditetapkan adalah adil dan berteraskan pemulihan kos, dan bukan untuk menjana keuntungan.

“Saya telah dimaklumkan bahawa proses penetapan harga 5G tersebut hampir dimuktamadkan, dan ia amatlah berbeza dan jauh lebih rendah berbanding kos bagi setiap gigabit (GB) 4G oleh syarikat telekomunikasi.

“Saya juga difahamkan bahawa Digital Nasional Berhad (DNB) akan mengenakan caj kurang daripada 20 sen bagi setiap GB untuk 5G kepada syarikat telekomunikasi.

“Sebagai perbandingan, ini adalah jauh lebih murah berbanding kos tambahan (incremental) semasa bagi setiap GB 4G yang dihasilkan oleh syarikat telekomunikasi pada kadar antara 45 hingga 55 sen bagi setiap GB. Oleh itu, saya percaya syarikat telekomunikasi akan menyambut baik penetapan harga tersebut apabila ianya dimaklumkan kepada mereka kelak,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) yang meminta kementeriannya menjelaskan, dakwaan bahawa syarikat telekomunikasi tidak mahu mendaftar dengan DNB untuk 5G kerana harga yang ditawarkan oleh DNB, yang dilihat beroperasi sebagai monopoli adalah terlalu tinggi.

Tambah Tengku Zafrul lagi, buat masa ini, harga yang akan dikenakan kepada syarikat telekomunikasi oleh DNB masih diperhalusi, dan sedang menunggu kelulusan daripada SKMM.

-Sinar Harian

Dyson Tamatkan Hubungan Dengan Pembekal Malaysia

Tags: 5Glebih murahtengku zafrul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa kesan konflik di Asia Barat...

Malaysia Tidak Mampu Kawal Krisis Global – Tengku Zafrul

Malaysia Tidak Mampu Kawal Krisis Global – Tengku Zafrul

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR – Malaysia tidak mampu mengawal aturan peristiwa global yang semakin tidak menentu, namun negara masih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd