• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Cipta Kejutan Menakjubkan Dalam PRN Melaka

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) berjaya mencipta kejutan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila memenangi lebih 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk kerajaan negeri.

Antara kerusi yang dimenangi BN ialah Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Kelebang dan Merlimau.

Turut mengejutkan dalam pilihan raya tersebut ialah kemenangan MCA dan MIC yang masing-masing mendapat satu kerusi dan mengalahkan lawan masing-masing.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 9 malam, Pakatan Harapan (PH) memenangi tiga kerusi DUN menerusi DAP manakala Perikatan Nasional (PN) gagal mendapat sebarang kerusi.

Calon Ketua Menteri Melaka dari BN, Datuk Seri Sulaiman Md Ali turut menenangi DUN Lendu apabila memperoleh 4,521 undi berbanding 1,382 undi calon PN dan 1,155 undi untuk calon PH.

Bagi DUN Bukit Katil, bekas Ketua Menteri Melaka era PH, Adly mendahului undi iaitu sebanyak 4,706 undi berbanding calon BN (3,668), PN (2,394) dan Bebas (67).

Sementara itu, nasib calon Ketua Menteri PN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang bertanding kerusi DUN Tanjung Bidara diketepikan lawannya, daripada BN, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

-Sinar Harian

Tags: BNkerajaan negeriPHPNPRN Melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Buktikan Penyatuan Ummah Bukan Mustahil

Buktikan Penyatuan Ummah Bukan Mustahil

13/11/2026
0

SELEPAS Johor dan Negeri Sembilan memperlihatkan kelebihan persefahaman politik Melayu, kini giliran Melaka membuktikan bahawa agenda penyatuan ummah bukan lagi...

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

12/11/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa pembayaran denda RM50 juta oleh UMNO bagi membolehkan bekas Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd