• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Mustahil Calon Bebas Ini Jadi ‘King Maker’ – Norhizam

oleh Iklan
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tidak mustahil calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menjadi ‘king maker’ sekiranya tiada gabungan parti politik besar berjaya membentuk kerajaan negeri selepas hari pengundian, 20 Nov ini.

Pandangan itu disuarakan calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee kerana berpendapat ada pengundi yang tidak mahu lagi memilih mana-mana gabungan sebaliknya memilih calon Bebas pada hari pengundian nanti.

“Saya yakin, calon Bebas ini tidak mustahil jadi penentu untuk membentuk satu kerajaan negeri jika tiada satu pun parti (gabungan) yang boleh menang selesa. Ramai orang (pengundi) bincang, mereka tak nak lagi pilih parti, pilih parti ini masalah, pilih parti itu masalah, mereka cuba menaruh harapan pada calon Bebas,” katanya yang ditemu bual melalui aplikasi Zoom dalam rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV di Melaka malam tadi.

Turut ditemubual, calon Perikatan Nasional (PN) DUN Tanjung Bidara Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Pantai Kundor Nor Azman Hasan.

Norhizam juga berharap wakil rakyat Bebas yang telah dipilih nanti jika mahu menubuhkan kerajaan dengan memasuki gabungan tertentu, supaya menjadi calon berintegriti dan boleh berkhidmat kepada rakyat.

“Sekiranya itu berlaku (tubuh kerajaan), kalau nak tubuh kerajaan jadilah wakil rakyat yang berhemah,” katanya.

PRN Melaka menyaksikan 112 calon bertanding dengan 22 calon Bebas termasuk Norhizam di samping 28 calon masing-masing daripada Barisan Nasional (BN), PN dan PH, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) (lima) serta Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) (satu).

Dalam pada itu, Mas Ermieyati ketika ditanya spekulasi dirinya merupakan calon Ketua Menteri jika PN berjaya membentuk kerajaan di Melaka, menyifatkannya hanya cakap-cakap di media sosial.

“Saya bertanding hanya kerana mahu menyumbangkan kerusi untuk PN, tidak lebih daripada itu,” katanya.

Terhahulu, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata calon Ketua Menteri akan diumumkan sebelum hari pengundian untuk menerajui kepimpinan Melaka, jika pakatan itu diberi mandat oleh rakyat untuk membentuk kerajaan.

Muhyiddin berkata calon tersebut adalah daripada parti Bersatu.

– Bernama

Tags: Norhizam Hassan BakteePRN Melaka
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan menyarankan PAS menggunakan lambang Barisan Nasional (BN)...

Pemimpin PAS Beri Bayangan Perpaduan Ummah Bakal Direalisasikan Pada PRN Melaka

Pemimpin PAS Beri Bayangan Perpaduan Ummah Bakal Direalisasikan Pada PRN Melaka

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari memberi bayangan bahawa agenda perpaduan ummah bakal direalisasikan dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd