• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banyak Negara Bergegas Sekat Kemasukan Dari Selatan Afrika

oleh Mohd Arshad
27/11/2021
dalam Gaya Hidup, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON : Semakin banyak negara bergegas menyekat kemasukan dari selatan Afrika berikutan pengesanan varian baharu COVID-19, Omicron yang berpotensi memberi tamparan hebat kepada usaha dunia untuk menamatkan pandemik itu.

Amerika Syarikat (AS), Brazil, Kanada dan Arab Saudi ialah antara negara yang terkini mengambil langkah itu, semalam.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan Omicron yang sebelum ini dikenali sebagai B.1.1.529, kini diklasifikasikan sebagai varian membimbangkan (VOC) dengan kebolehjangkitan lebih tinggi daripada strain dominan, Delta yang amat mudah menular.

Varian baharu itu sudah dilapor di Eropah membabitkan satu kes disahkan di Belgium selepas dikesan di Afrika Selatan, selain turut dilaporkan di Botswana dan Hong Kong.

Perkembangan berkenaan menyaksikan ramai pelancong di Johannesburg menyerbu lapangan terbang bagi berebut tiket penerbangan terakhir, ketika semakin banyak negara di seluruh dunia memulakan penutupan sempadan itu.

Malah, kebimbangan kian memuncak berhubung kemungkinan varian baharu terbabit berdaya tahan terhadap vaksin COVID-19 yang sedia ada, manakala pasaran saham global turut merudum.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, menegaskan pelbagai negara harus menderma lebih banyak vaksin COVID-19, selain melepaskan perlindungan hak milik intelek supaya lebih banyak dos dapat dikeluarkan di seluruh dunia demi menyekat penularan virus itu.

Saintis kini bertungkus lumus dalam usaha untuk mengenal pasti ancaman varian baharu terbabit yang mempunyai sejumlah besar mutasi, dan sama ada vaksin COVID-19 yang sedia ada perlu diubah suai.

Kesatuan Eropah (EU) melalui satu mesyuarat tergempar, bersetuju menggesa kesemua 27 negara anggota blok itu untuk menyekat kemasukan dari selatan Afrika.

Ketika ini, Eropah sedang bergelut dengan lonjakan kes COVID-19, sehingga mendorong Belanda muncul negara terkini mengumumkan langkah memperketatkan sekatan COVID-19, semalam, membabitkan penutupan awal kedai, restoran dan bar.

“Berkuat kuasa mulai Ahad, seluruh Belanda tutup antara jam 5 petang hingga 5 pagi,” kata Perdana Menteri, Mark Rutte.

Sebelum ini, Belgium mengumumkan kes pertama B.1.1.529 di Eropah membabitkan seorang individu tidak divaksin yang tiba dari Mesir melalui Turki, 11 November lalu.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Belgium tidak mendedahkan kewarganegaraan, umur atau gender individu berkenaan.

Sementara itu, Israel memaklumkan pihaknya kuarantin tiga individu, termasuk seorang yang baru tiba dari Malawi.

Austria, Republik Czech, Jerman, Itali, Cyprus dan Belanda menyertai langkah Britain, semalam, untuk menggantung penerbangan dari selatan Afrika.

Amerika Syarikat (AS), Brazil, Kanada dan Guatemala turut mengambil keputusan menyekat perjalanan dari rantau itu.

Tindakan sama juga diumumkan sejumlah negara lain, termasuk Filipina, Singapura, Malaysia, Emiriah Arab Bersatu, Jordan dan Maghribi.

Selain dari Afrika Selatan, terdapat dalam kalangan negara terbabit yang turut mengenakan sekatan perjalanan dari Botswana, Eswatini (Swaziland), Lesotho, Namibia, Zambia, Mozambique, Malawi dan Zimbabwe.

Tindakan segera diambil selepas saintis di Johannesburg memaklumkan, mereka berjaya mengesan varian baharu berkenaan yang mempunyai sekurang-kurang 10 mutasi berbanding dua bagi Delta.

“Varian itu ‘amat membimbangkan’ dan menyebabkan lonjakan kes,” kata pihak berkuasa di Afrika Selatan. – AFP

-Berita Harian

Tags: Covid-19sekat kemasukan selatan afrikavarian omicron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd