• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen Dapat Suntikan Dos Penggalak Vaksin Covid-19

oleh
02/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen hari ini mengambil peluang mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 yang disediakan Kementerian Kesihatan (KKM) di Bangunan Parlimen.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, pemberian dos penggalak di Bangunan Parlimen itu bagi memastikan tahap keselamatan semua Ahli Parlimen berada pada tahap optimum kerana mereka sering berjumpa rakyat dan pulang ke kawasan masing-masing khususnya ketika musim banjir.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan kerana menyediakan dos penggalak kepada semua Ahli Parlimen,” katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen hari ini selepas meninjau proses pemberian dos penggalak dan turut menerima suntikan itu.

KKM hari ini memberikan dos penggalak Pfizer bermula jam 9.30 pagi hingga 4 petang di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen.

Berdasarkan tinjauan Bernama, rata-rata Ahli Parlimen mula menunggu giliran masing-masing seawal jam 9.20 pagi.

Turut kelihatan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Pemberian dos penggalak bermula di seluruh negara 13 Oktober lalu untuk individu yang mendapat dos lengkap vaksin bagi memastikan imuniti yang diterima selepas dos lengkap dapat dikekalkan bagi tempoh optimum khususnya terhadap jangkitan varian Delta. – BERNAMA

Tags: Ahli Parlimendos penggalakvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd