Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Anak Jati Melaka Bangga...

MELAKA - 'Ayam tambatan' Melaka United, Nurshamil Abd Ghani berbangga dapat menghadiahkan Piala...

Pelajar Kolej Swasta Ditahan...

MIRI - Seorang pelajar lelaki dari sebuah kolej swasta di sini ditahan kerana...

Bungkusan Letupan Kepada Obama,...

NEW YORK - Barangan disyaki bahan letupan dihantar kepada bekas Presiden, Barack Obama...

Genap 18 Tahun, Kylie...

ADIK bongsu keluarga glamor Kardashian-Jenner, Kylie Jenner dipercayai ditawarkan membintangi filem lucah sebaik...

4,087 Kes Baharu, 29 Lagi Kematian

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,087 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam yang merekodkan sejumlah 4,239 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jumlah kes baharu itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara adalah sebanyak 2,627,903 kes.

Sementara itu jumlah kematian yang dicatatkan sehingga Ahad adalah berjumlah 29 kes menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 di negara ini adalah 30,309 kes.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini, 72 kes atau 1.8 peratus melibatkan kategori tiga, empat dan lima manakala baki 98.2 peratus (4,015kes) lagi terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.


Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham memberitahu, sebanyak 4,984 pesakit disahkan sembuh menjadikan mereka yang sembuh merekodkan 2,532,036 kes atau 96.4 peratus.

Menurutnya lagi, sebanyak tujuh kluster baharu direkodkan dengan 227 kluster aktif dikesan setakat ini.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori