• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3.7 Juta Kenderaan Tidak Memperbaharui LKM

oleh Mohd Arshad
27/11/2021
dalam Gaya Hidup, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Sebanyak 3.7 juta kenderaan didapati masih tidak memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) di seluruh negara mengikut statistik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga 15 November lalu.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ Malaysia (Perancangan dan Operasi), Aedy Fadly Ramli menggesa orang ramai supaya tidak menunggu sehingga saat akhir untuk memperbaharui LKM tersebut.

Menurutnya, selain berurusan secara dalam talian, semua cawangan JPJ dan kaunter JPJ di Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan beroperasi sehingga jam 5 petang termasuk pada hujung minggu bermula Sabtu sehingga 31 Disember untuk mengelakkan kesesakan.

“Buat masa sekarang, kita beri peluang untuk perbaharui LKM tetapi selepas 31 Disember, sekiranya tiada arahan daripada kerajaan untuk sambung lagi moratorium LKM kita akan ambil tindakan undang-undang.

“Kita galakkan untuk membuat urusan secara dalam talian bagi urusan yang tidak rumit seperti memperbaharui lesen memandu,” katanya dalam sidang akhbar Operasi Bersepadu di Plaza Tol Sungai Besi pada Jumaat.

Hadir sama, Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail dan Pengarah JPJ, Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf.

Sementara itu, Aedy berkata, sebanyak 3,210 kenderaan telah diperiksa dalam Operasi Bersepadu yang disertai anggota JPJ dari Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan itu.

“Sebanyak 596 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu di kedua-dua hala Plaza Tol Sungai Besi,” katanya.

Tambahnya, beberapa agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen Malaysia), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut hadir dalam operasi tersebut.

-Sinar Harian

Tags: JPJLKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd