Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Kartunis Datuk Lat Dirawat...

IPOH - Kartunis tanah air, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai...

Bagi Perhatian Pada Pemandu...

ANDA tengok harga kerusi budak dalam gambar ni?Anda rasa sebahagian besar ibubapa mampu...

Lalitha Tidak Boleh Dipercayai...

KUALA LUMPUR : Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam...

Penularan Pneumonia Bukan Berkaitan...

GUA MUSANG - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail...

Wujudkan Kawalan, Etika Dalam Pengambilan Arak

SEREMBAN – PAS tidak menghalang orang bukan Islam untuk membeli dan menjual minuman keras, malah PAS memahami hak mereka dalam isu arak.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP), Mohd Asri Mat Daud, berkata hasrat PAS dalam isu arak adalah untuk mewujudkan satu kawalan dan etika dalam pengambilannya.

Katanya, hasrat di sebalik pengawalan itu adalah bagi mengelakkan berlakunya banyak perkara syubhah dalam petadbiran negara, apatah lagi sesuatu yang disebut secara jelas adalah haram.

“Kita tidak mahu ia menyebabkan sehingga tiada keberkatan dalam negara. Modelnya seperti di Kelantan.

“Di Kelantan, judi, arak dan semua sekali dikawal dengan baik, begitu juga dengan kerajaan persekutuan.

“Kalau kita sekat pun, kita faham dalam negara ada orang bukan Islam, dan mereka ada hak mereka,” katanya ketika ditemui Harakahdaily pada Muktamar Tahunan DUPP kali ke-60, di Kompleks Tahfiz Darul Ulum, Senawang, semalam.

Arak
GAMBAR HIASAN

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan itu, syarikat pengeluar minuman keras juga mempunyai hak mereka untuk mengeluarkan produk itu asalkan ia tidak melibatkan sebarang kaitan dengan orang Islam.


Namun katanya, sekiranya terdapat orang bukan Islam yang mahu masuk campur hal ehwal orang Islam dalam mengurus hal itu, perkara itu tidak dibenarkan.

“Kita akan beri hak kepada hak orang bukan Islam, kalau syarikat itu syarikat bukan Islam apa semua sekali, maka tiada masalah.

“Tetapi sekiranya dia sudah sampai kepada tahap untuk masuk campur hal orang Islam, ini sama sekali tidak boleh dan ulama akan menjadi penentang utama dalam hal ini,” katanya.

Menurut Mohd Asri, ini kerana sudah jelas asas pemerintahan Islam adalah mengutamakan syariah Islamiah. – HARAKAHDAILY

Baca: Pengeluar Arak Timah Mohon Seminggu Untuk Tukar Nama

TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori