Tuesday, May 30, 2023

Creating liberating content

New York Dibanjiri Penunjuk...

NEW YORK - Penduduk bandaraya New York berhimpun di jalan raya sekitar pusat...

Mangsa Banjir Di Johor...

Johor Bahru : Keadaan banjir di Johor dilihat semakin surut dengan jumlah mangsa...

Darah Campuran Tidak Luntur...

JOHOR BAHRU - Sempena ulang tahun kelahiran Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan...

Tujuh Daripada Lapan Mangsa...

KUCHING: Tujuh daripada lapan warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran...

Usul Pelantikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ditangguh

KUALA LUMPUR – Usul pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dijadual hari ini ditangguhkan dan dibawa ke persidangan akan datang.

Penangguhan usul itu dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Rakyat dan dipersetujui suara majoriti ahli dewan.

“Menurut Peraturan 90 (2) dan dengan persetujuan Tuan Yang Dipertua, saya mengemukakan usul untuk menghentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 6 iaitu bagi menangguh Pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat seperti Perkara 1 yang tertera di Aturan Urusan Mesyuarat usul-usul hari ini ke mesyuarat akan datang,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Usul penangguhan itu disokong Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu perlu dibuat bagi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan pada 23 Ogos lepas. – BERNAMA

Kategori

Leave a Reply