• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Ditangguh

oleh
14/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul untuk menangguhkan pemilihan seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang sepatutnya dibuat hari ini.

Usul itu dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

“Peraturan mesyuarat 90(2) dengan persetujuan yang Yang Dipertua, saya mengemukakan usul untuk menghentikan peraturan mesyuarat 6 iaitu bagi menanguhkan pemilihan yang timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat seperti perkara nombor satu yang sudah tertera dalam aturan urusan mesyuarat dan usul-usul hari ini ke mesyuarat kedua penggal keempat Parlimen ke-14,” katanya.

Usul itu disokong Ahli Parlimen Arau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kasim.

Pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu adalah antara tumpuan persidangan Parlimen hari ini.

Pemilihan jawatan yang dikosongkan Datuk Seri Azalina Othman Said itu mendahului senarai usul Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul pada persidangan Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang berlangsung selama 17 hari mulai semalam.

Usul itu dibuat susulan Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang meletak jawatan pada 23 Ogos.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon pada Ahad memaklumkan kepada Bernama, nama calon daripada blok pembangkang dan kerajaan telah diterima dan sekiranya terdapat lebih daripada seorang calon, undi belah bahagian akan dijalankan.

Setakat ini dua nama disebut-sebut bakal dicalonkan iaitu Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga calon blok kerajaan dan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming calon Pakatan Harapan (PH). – BH Online

Tags: persidangan parlimentimbalan yang dipertua dewan rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Usul Pelantikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ditangguh

25/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Usul pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dijadual hari ini ditangguhkan dan dibawa ke persidangan akan...

Mat Maslan Kena Terima Teguran Rakan

15/09/2021
0

Assalamualaikum wbt. Saya memerhati sidang parlimen hari ini untuk melihat proses pengundian untuk melantik Timbalan Speaker. Dengar kata Pembangkang mencalonkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd