• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Belum Putuskan Kerjasama Politik Hadapi PRN Melaka

oleh
06/10/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASJID TANAH – UMNO akan memutuskan kerjasama politik dengan parti tertentu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, tidak lama lagi.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, setakat ini, parti itu belum membuat keputusan mengenai perkara terbabit.

“Kita belum putuskan lagi sama ada nak bekerjasama dengan siapa, tetapi yang penting kita mestilah bersiap sedia menyiapkan jentera parti.

“Kemungkinan macam-macam, jangan kita harapkan kekuatan dari luar untuk membantu kita menang, (sebaliknya) mesti membina kekuatan dalaman kita sendiri,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Biro Politik UMNO bahagian dalam Melaka di Kampung Pulau, di sini, malam ini.

Hadir sama, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Hari ini, Perikatan Nasional (PN) Melaka sedia berunding dengan UMNO bagi mengelakkan pertembungan kerusi pada PRN.

Pengerusinya, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dilaporkan berkata, rundingan antara Bersatu, UMNO dan PAS itu penting bagi memastikan tiada pertandingan tiga penjuru ketika berhadapan dengan calon Pakatan Harapan (PH).

Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO berkata, pihaknya turut menyerahkan kepada BN negeri untuk mencadangkan kerjasama parti itu dengan PN pada PRN.

“(Berkenaan cadangan PN) itu terpulang kepada (BN) Melaka dan Melaka akan mencadangkan ke peringkat Pusat sebab negeri tak boleh buat keputusan sendiri.

“Ia mesti diluluskan dan mendapat kebenaran dari BN Pusat. Kalau kita kata okey, bolehlah,” katanya.

Mengulas mengenai jentera BN dalam menghadapi PRN, Mohamad berkata, persiapan mesti dibuat sebaik mungkin dan kesiapsiagaan itu perlu diterjemahkan dengan membuka Pusat Daerah Mengundi (PDM).

“Tadi Datuk Seri Rauf sudah minta tubuh PDM mulai esok, jentera di peringkat peti undi mesti bergerak dan membuat persiapan kesiapsiagaan menghadapi PRN yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“Mengenai calon pula, perkara itu akan ditentukan melalui rundingan di peringkat bahagian sebelum diputuskan kepemimpinan UMNO Pusat kerana watikahnya akan ditandatangani presiden parti atau Pengerusi BN,” katanya. – myMetro Online

Tags: Mohamad HasanPRN MelakaUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

09/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO perlu mencari formula terbaik untuk kembali bertaut demi memastikan masa depan Melayu dan Islam...

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah yang juga ahli PAS, Sabri Mamat menyuarakan harapan Muafakat Nasional (MN) 2.0 antara PAS dan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd