Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Pengalaman Beli Belah Bersama...

PENGALAMAN membeli baju raya tahun ini menjadi kenangan paling manis buat Aliah, penghuni...

RM482 Juta Kerugian Penipuan...

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 14,140 kes jenayah dalam talian membabitkan...

444 Kes COVID-19 Dalam...

KUALA LUMPUR: Dua lagi kes COVID-19 dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir setakat jam...

Perhatian: Jangan Ketip Jarum...

PERASAN tak, sama ada anda atau rakan anda yang mengenakan hijab mesti pernah...

RMK-12 Pelan Pembangunan Menyeluruh Buat Keluarga Malaysia

KUALA LUMPUR – Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dengan matlamat ‘Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan’ adalah pelan pembangunan menyeluruh bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dengan pengagihan peluang dan hasil lebih saksama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembaharuan yang diperkenalkan dalam RMK-12 meliputi tiga tema dan empat Pemangkin Dasar serta 14 Pemacu Perubahan.

“Kerajaan mengambil pendekatan keseluruhan negara membabitkan seluruh jentera dan agensi kerajaan, sektor swasta, akademia, pertubuhan masyarakat sivil (CSO) serta rakyat dalam penggubalan dan pelaksanaan rancangan ini.

“Saya sedar Keluarga Malaysia meletakkan harapan yang tinggi kepada kerajaan untuk menangani krisis berkembar ini,” katanya dalam pembentangan RMK-12 di Dewan Negara, hari ini.

Katanya, kerajaan akan memperuntukkan RM400 bilion bagi memenuhi keperluan RMK-12 terutamanya untuk membiayai projek pembangunan.

“Namun, dalam keadaan kewangan semasa yang terhad, tumpuan perbelanjaan pada 2021 dan 2022 adalah untuk melindungi nyawa dan kehidupan serta memenuhi komitmen projek sambungan.

“Insya-Allah, kita menjangkakan kedudukan kewangan kerajaan akan bertambah baik pada 2023, apabila ekonomi semakin kukuh,” katanya.


Katanya, RMK-12 meletakkan beberapa sasaran utama bagi memastikan strategi dan inisiatif yang dilaksanakan dapat dinilai dari segi kejayaannya.

“Antara sasaran utama adalah pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) disasarkan pada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus setahun dalam tempoh 2021 hingga 2025.

“Selain itu, purata pendapatan isi rumah dianggarkan sebanyak kira- kira RM10,000 sebulan pada 2025,”katanya.

Katanya, jurang KDNK per kapita antara Wilayah Tengah dan Sabah dikurangkan kepada satu nisbah 2.5 manakala bagi Sarawak dikurangkan kepada satu nisbah 1.2 pada 2025.

“Pengurangan intensiti pelepasan gas rumah kaca (GHG) sebanyak 45 peratus kepada KDNK pada 2030 berdasarkan intensiti pelepasan pada 2005,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori