• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pertimbang Perkenalkan Semula GST Jika Pemulihan, Pertumbuhan Ekonomi Kukuh

oleh Mohd Arshad
16/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Pertimbang Perkenalkan Semula GST Jika Pemulihan, Pertumbuhan Ekonomi Kukuh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan cadangan untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hanya dapat dipertimbangkan setelah pemulihan dan pertumbuhan ekonomi berada di landasan lebih kukuh.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri berkata, pengenalan regim percukaian itu boleh dipertimbangkan setelah ditentukan bagaimana dapat menambahbaik mekanisme GST berbanding sebelum ini, supaya mengurangkan impak kepada golongan berpendapatan rendah.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri kewangan menegaskan buat masa ini, kerajaan belum bercadang untuk memperkenalkan semula GST kerana ketika ini rakyat sedang dalam fasa pemulihan pasca krisis COVID-19 serta menghadapi cabaran kos sara hidup.

“Inflasi makanan 2022 pada kadar 5.8 peratus dan ini lebih menjejaskan golongan yang berpendapatan rendah.

“Sebarang perubahan polisi berkaitan cukai akan mengambil kira kesan terhadap ekonomi dan kos sara hidup rakyat.

“Sehubungan itu, kerajaan sentiasa mengawasi kedudukan ekonomi semasa dan mempertimbangkan langkah-langkah fiskal yang bersesuaian dengan keperluan jangka pendek dan sederhana,” katanya dalam jawapan lisan yang dipaparkan di laman web Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Dr Mohd Radzi Jidin (PN-Putrajaya) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan boleh memberi jaminan bahawa GST atau cukai yang mempunyai impak sama seperti cukai itu, tidak akan diperkenalkan semula.

Dalam Belanjawan 2023, Perdana Menteri menjelaskan kerajaan telah mengambil pendekatan lebih progresif sebagai langkah baharu meluaskan asas cukai kepada mereka yang punyai kemampuan.

Katanya, ia tidak semestinya membabitkan GST kerana yakin terdapat juga ruang untuk menambahbaik Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada.

“Ini termasuk pertamanya meningkatkan cukai pendapatan bagi individu bagi mereka dengan pendapatan bercukai melebihi RM230,000 setahun.

“Kedua, pengumuman cadangan Cukai Barangan Mewah dan Cukai Keuntungan Modal ke atas jualan saham tidak tersenarai.

“Kerajaan akan terus mengadakan libat urus dengan semua pihak berkepentingan bagi mengkaji aspek pembaharuan sistem percukaian,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Anwar IbrahimGSTKerajaanPemulihan Ekonomipertumbuhan ekonomi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

21/06/2026
0

Kahkahkah.. Ramanan baca kat media sosial mana TMJ kena hentam kiri kanan ni? Baca kat Josh, Moj, Koo atau Kutumb...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd