• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramli Mohd Nor Dicalonkan Sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat

oleh
12/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor dicalonkan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat, semalam.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pencalonan Ramli mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, pencalonan Ramli sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu menjadi detik bersejarah kerana beliau adalah Orang Asli yang pertama dicalonkan bagi jawatan berkenaan.

“YB Ramli Mohd Nor #Ahli Parlimen #Cameron Highlands dicalonkan sebagai Timbalan Speaker #DewanRakyat. Ini suatu sejarah, sebagai Orang Asli yang pertama dicalon,” katanya menerusi ciapan di Twitternya.

Ahmad juga memaklumkan bahawa semalam adalah hari terakhir untuk cadangan nama sebelum dibawa ke sidang pada 25 Oktober ini.

Pada 7 Oktober lalu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menarik diri selepas dicalonkan bagi mengisi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas dikosongkan Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletakkan jawatan pada 23 Ogos lalu.

Menurutnya, keputusan untuk menarik diri itu bagi menumpukan usaha dan perhatian kepada tanggungjawabnya sebagai Setiausaha Agung UMNO. – BERNAMA

Tags: Ahli Parlimen Cameron HighlandsRamli Mohd Nortimbalan speaker dewan rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramli, Alice Dipilih Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Ramli, Alice Dipilih Timbalan Speaker Dewan Rakyat

19/12/2022
0

Ramli Md Nor (BN-Cameron Highlands) dan Alice Lau (PH-Lanang) hari ini dipilih sebagai timbalan speaker selepas pengundian dilakukan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ditangguh Kali Keempat

Pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ditangguh Kali Keempat

18/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Usul pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said yang dijadualkan hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd