• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramli, Alice Dipilih Timbalan Speaker Dewan Rakyat

oleh AK-47
19/12/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Ramli, Alice Dipilih Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Share on FacebookShare on Twitter

Ramli Md Nor (BN-Cameron Highlands) dan Alice Lau (PH-Lanang) hari ini dipilih sebagai timbalan speaker selepas pengundian dilakukan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul ketika mengumumkan keputusan itu memaklumkan bahawa

Ramli mendapat 148 undi iaitu majoriti dua pertiga, manakala Lau mendapat 146 undi.

Tidak jelas siapa dua ahli parlimen kerajaan yang tidak mengundi Lau.

Pencalonan Ramli dan Alice sebagai timbalan speaker mewakili blok kerajaan dibuat oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Mereka disokong Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof.

Sementara itu Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan pula mencadangkan Mas Ermiyati (PN- Masjid Tanah) sebagai calon jawatan itu sebelum disokong Amzad Hashim (PAS-Kuala Terengganu).

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata oleh kerana terdapat lebih daripada dua cadangan nama untuk jawatan berkenaan, maka undi bersurat oleh semua ahli Parlimen diperlukan mengikut Peraturan Mesyuarat 6(2) dan 4(3) bagi memilih dua timbalan speaker.

Ditanya Takiyuddin sama ada setiap ahli Dewan Rakyat boleh memilih lebih daripada seorang calon untuk jawatan itu bagi pengundian, Johari berkata setiap ahli Parlimen hanya boleh mengundi dua calon.

Perkara 57 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Dewan Rakyat hendaklah dari semasa ke semasa memilih dua orang speaker daripada kalangan ahli Dewan Rakyat.

Bagaimanapun calon timbalan speaker pembangkang itu, Mas Ermiyati hanya mendapat 74 undi.

Sejurus selepas sesi pengundian itu, Johari turut menamakan ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang.

Menurutnya, dia berpuas hati bahawa Hamzah telah mendapat sokongan untuk dilantik ke jawatan itu berdasarkan maklum balas yang diterimanya.

“Mengikut Peraturan Mesyuarat 4A(3), saya hendak memaklumkan iaitu mengikut maklum balas yang saya terima, saya berpuas hati bahawa Datuk Seri Hamzah Zainudin, ahli Parlimen Larut telah mendapat sokongan untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang,” katanya.

Peraturan Mesyuarat 4A(3) menyatakan ketua pembangkang ertinya berhubungan dengan Majlis Mesyuarat, ahli Majlis Mesyuarat yang sedang menjadi Ketua Kumpulan pihak Pembangkang.

Selepas keputusan diumumkan, Shahidan Kassim (PN-Arau) secara berseloroh mengucapkan tahniah kepada Umno dan DAP.

Dia kemudiannya menyanyikan lagu ‘penyamun’ yang telah diubah suai senikatanya oleh penyokong PH daripada lagu tema PH, Aduh Malaysia selepas PRU15.

-Malaysia Kini

Tags: AliceDewan RakyatRamliTimbalan Speakertimbalan speaker dewan rakyat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi menyifatkan pemecatan beliau oleh Parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd