• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Melaka: UMNO Belum Putuskan Solo Atau Tidak

oleh Cj Mnh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – UMNO belum memuktamad keputusan sama ada akan bergerak secara solo di bawah Barisan Nasional (BN) atau bekerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya ia diadakan.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata perkara itu akan diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) parti apabila tiba masanya nanti.

“Setakat hari ini kita belum buat keputusan, MT yang bermesyuarat tiga hari lepas tidak buat sebarang keputusan bagaimana untuk kita hadapi PRN Melaka sekiranya diadakan dalam masa satu atau dua bulan dari sekarang.

“Jadi kita ada masa lagi, BN dan UMNO masih ada masa untuk mencari kaedah yang terbaik untuk PRN negeri Melaka, jadi saya tidak fikir kita sudah ada keputusan untuk UMNO dan BN pergi (hadapi PRN Melaka) secara solo,” kata Menteri Pembangunan Luar Bandar itu dalam sidang media semalam selepas menghadiri Majlis Pekebun Kecil Makmur Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini bahawa parti itu dan BN akan bertanding secara bersendirian pada PRN Melaka.

“Presiden buat kenyataan tapi presiden pulangkan balik kepada MT untuk buat keputusan, keputusan pada mesyuarat MT sebelum ini adalah kita tak buat sebarang keputusan untuk menentukan sama ada pergi solo atau sebaliknya, sampai masa kita akan mesyuarat balik,” katanya. – BERNAMA

Baca: UMNO Kumpul Maklum Balas Sebelum Putus Kerjasama Politik

https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/agihan-kerusi-kerjasama-parti-dalam-mesyuarat-mkt-akan-datang/

Tags: MKT UMNOPRN MelakaUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pemuda MCA Persoal Peruntukan Kerajaan Pusat Menjelang PRN Melaka

Pemuda MCA Persoal Peruntukan Kerajaan Pusat Menjelang PRN Melaka

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda MCA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat pengumuman peruntukan Kerajaan Pusat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN)...

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd