• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Melaka: Najib Mohon Pinda Tarikh Pelepasan Pasport

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk meminda tarikh pelepasan dan pemulangan pasportnya ke Singapura selepas bekas presiden UMNO itu diamanahkan untuk membantu jentera parti UMNO menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan.

Najib berkata, memandangkan Presiden Parti UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada masa tersebut akan berangkat ke Jerman untuk mendapatkan rawatan bagi tulang belakangnya, beliau diamanahkan untuk memastikan parti UMNO bergerak secara teratur dan bertindak dengan sewajarnya sewaktu PRN Melaka dan semasa ketiadaan Ahmad Zahid.

“Oleh yang demikian, saya terpaksa menangguhkan perjalanan saya ke Singapura sehingga selepas tamat PRN Melaka pada 20 November ini,” kata Najib menerusi afidavit sokongan tambahan yang difailkan bersama permohonan itu.

Najib, 68, selaku pemohon memfailkan notis usul itu semalam menerusi Tetuan Shafee & Co di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan pendakwa raya selaku responden.

Beliau memohon untuk meminda tarikh bagi pelepasan dan pemulangan pasportnya kepada mahkamah daripada 20 Oktober sehingga 22 November kepada 25 Oktober sehingga 6 Disember ini untuk melawat anak perempuannya Nooryana Najwa di Singapura, yang dijangka melahirkan anak kedua pada awal November.

Dalam afidavit sokongan itu Najib berkata pada 18 Oktober lalu, beliau mendapat kebenaran daripada Mahkamah Rayuan untuk pelepasan sementara pasport antarabangsanya bermula 20 Oktober sehingga 22 November ini.

Bagaimanapun, Najib berkata, selepas mendapat perintah daripada Mahkamah Rayuan itu, beliau dimaklumkan berkenaan perkembangan PRN Melaka yang akan berlangsung pada 20 Nov dan penamaan calon pada 8 November ini.

Sehubungan itu, katanya perancangan untuk bertolak ke Singapura telah berubah kepada 21 November dan pulang ke Malaysia pada 5 Disember (atau lebih awal dari tarikh tersebut) serta akan memulangkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah selewat-lewatnya pada 6 Disember ini.

“Saya telah meletakkan kepercayaan kepada isteri saya, Datin Seri Rosmah Mansor yang akan bertolak ke Singapura terlebih dahulu untuk mengawasi keadaan Nooryana sementara saya masih di Malaysia.

“Saya akan susuli isteri saya sejurus menyelesaikan tanggungjawab saya di sini terlebih dahulu,” katanya.

Sementara itu, ketika prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan hari ini, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk meminda tarikh berhubung pelepasan sementara pasport antarabangsa anak guamnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata pihaknya perlu mendapatkan arahan selanjutnya daripada Peguam Negara berhubung permohonan pindaan itu.

Hakim Mohamed Zaini menetapkan 26 Oktober untuk mendengar permohonan tersebut.

Najib dibicarakan di hadapan Hakim Mohamed Zaini atas dakwaan menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan pada laporan audit akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Pada 15 Oktober lepas, Hakim Mohamed Zaini yang juga mendengar kes Rosmah bagi pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar membenarkan permohonan wanita itu untuk mendapatkan semula pasportnya bagi tujuan sama.

Pasport Rosmah dipulangkan kepadanya pada 15 Oktober dan perlu dikembalikan kepada mahkamah sebelum atau pada 6 Disember ini. – BERNAMA

Tags: najib razakPASPORTPRN MelakaSingapura
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan menyarankan PAS menggunakan lambang Barisan Nasional (BN)...

Pemimpin PAS Beri Bayangan Perpaduan Ummah Bakal Direalisasikan Pada PRN Melaka

Pemimpin PAS Beri Bayangan Perpaduan Ummah Bakal Direalisasikan Pada PRN Melaka

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari memberi bayangan bahawa agenda perpaduan ummah bakal direalisasikan dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd