• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dikompaun RM10,000, Shamsul Desak KJ Jelaskan Perihal Larangan

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AYER KEROH – Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mendesak agar Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan perincian larangan perhimpunan sosial berkaitan pilihan raya di Negeri Melaka.

Tegasnya, meskipun parti itu menggunakan pendekatan ceramah secara mobil dengan lori dan alat siar raya sejak malam Sabtu, parti itu tetap dikenakan kompaun RM10,000 oleh pihak polis kerana didakwa ingkar prosedur operasi standard (SOP).

“Pendekatan seperti ini tidak ada pertemuan atau perkumpulan yang mungkin dibimbangi wujud kluster dan sebagainya.

“Program itu tidak boleh kita takrif majlis sosial, ia program hit and run. Jadi saya kesal sewaktu kami menganjurkan program itu di Taman Krubong Jaya, pasukan polis telah keluarkan kompaun yang mengatakan kesalahan kami ingkar SOP kerana mengadakan kempen pilihan raya,” jelasnya.

Soal Shamsul, pendekatan yang kreatif telah diguna pakai untuk memastikan tiada penyebaran COVID-19 berlaku, namun masih dikenakan kompaun.

“Ini perkara amat dikesali, buat pertama kali Keadilan cuba jadi parti kreatif untuk gunakan pendekatan lebih teliti supaya tidak berlaku kontak fizikal dan sebagainya.

“Tetapi polis masih lagi ingin mengeluarkan kompaun atas kesalahan kononnya mengadakan kempen pilihan raya.

“Kita nak tegaskan kami diberikan kompaun RM10,000 bagi saya amat tidak munasabah kerana tidak ada kontak fizikal, hanya program mobil bergerak,” kata Ketua Penerangan PKR itu lagi.

Justeru, beliau mendesak agar Menteri Kesihatan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat meneliti larangan yang dikenakan itu.

Tambahnya, ia bagi memastikan demokrasi di negara ini tidak diperolok-olokkan.

“Ini perkara yang amat saya dikesali, saya desak Menteri Kesihatan meneliti dengan lebih tepat apa perinciannya dalam konteks tidak boleh mengadakan majlis sosial dalam tempoh pilihan raya.

“Saya akan tulis surat kepada Menteri Kesihatan, saya ingin tegaskan Menteri Dalam Negeri supaya dapat jelaskan kepada anggota di bawah.

“Mungkin mereka tak fahami dengan jelas atau mungkin mereka anggap ini satu arahan boleh dipukul rata,” katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu berkata demikian dalam sidang media secara dalam talian pada Ahad. – Astro AWANI

Tags: kompaunPRN Melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Seruan Perpaduan Umat Dalam Politik Islam Antara Pahala Terbesar PRN Melaka – Nik Abduh

Seruan Perpaduan Umat Dalam Politik Islam Antara Pahala Terbesar PRN Melaka – Nik Abduh

09/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan seruan ke arah perpaduan umat dalam...

Insya-Allah Kemenangan Pada 14 November – Khaled Nordin

Insya-Allah Kemenangan Pada 14 November – Khaled Nordin

08/11/2026
0

AYER KEROH - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap segala usaha dan gerak kerja jentera Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd