• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pejabat Anwar Kini Setara Pejabat Menteri

oleh
12/10/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, petang semalam, menyerahkan surat pengesahan untuk menaik taraf status Pejabat Ketua Pembangkang setara dengan Pejabat Menteri.

Penyelaras Ketua Whip Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH), Anthony Loke, berkata surat itu diserahkan sendiri oleh Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum mesyuarat kedua Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik di Bilik Mesyuarat Parlimen.

Katanya, surat pengesahan itu melayakkan Anwar menerima kemudahan yang dinikmati oleh seorang Menteri.

“Sebelum mesyuarat bermula, Perdana Menteri menyerahkan surat pengesahan kepada Ketua Pembangkang untuk menaik taraf status Pejabat Ketua Pembangkang dengan kemudahan-kemudahan yang setara dengan Pejabat Menteri,” katanya dalam hantaran Facebook, malam tadi.

Pada 13 September lalu, kerajaan Persekutuan dan PH melakar sejarah apabila memeterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.

MoU terbabit merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Sebagai balasan kepada penunaian dan pelaksanaan Transformasi yang digariskan, MoU berkenaan menyebut PH bersetuju untuk melaksanakan beberapa perkara mengikut masa material.

Antara lain, PH bakal mengambil pendirian sama ada menyokong atau berkecuali bagi undian Belanjawan 2022, termasuk undang-undang pembekalan atau kewangan berkaitan, selepas proses penggubalan itu dirundingi dan dipersetujui secara bersama pada dasarnya.

Selain itu, PH boleh menyokong atau berkecuali dalam proses meluluskan apa-apa usul kerajaan atau Rang Undang-Undang (RUU) lain, yang kegagalan meluluskannya adalah satu bentuk ketidakpercayaan atau tiada keyakinan terhadap kerajaan, selepas proses penggubalan itu dirundingi dan dipersetujui secara bersama pada dasarnya.

Sementara itu, Loke berkata mesyuarat berkenaan membincangkan perkembangan pelaksanaan agenda pembaharuan yang dipersetujui bersama.

“Ia termasuk beberapa pindaan Perlembagaan Persekutuan akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen akan datang.

“Mesyuarat ini akan diadakan pada Isnin setiap dua minggu. Mesyuarat seperti ini membawa satu budaya politik yang baharu untuk negara kita.

“Walaupun ada perbezaan politik di antara parti, kita tetap boleh duduk bersama untuk berbincang dan mencari titik persamaan demi kepentingan negara,” katanya. – BH Online

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimPejabat Ketua PembangkangPejabat Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd