Sample Page Title

SEJAK beberapa hari lalu, pembangkang begitu asyik mempersoal dan memutar-belit permohonan kebenaran ke Singapura oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Rosmah Mansur.

Pasangan itu hendak ke negara jiran berkenaan bukan kerana ingin melawat anak perempuan mereka yang dijangka bersalin tidak lama lagi.

Hanya menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dan datuk nenak yang baik.

Ini adalah kali pertama sejak mereka mula dibicarakan sebaik tamat Pilihan Raya Umum Ke-14, memohon secara rasmi kepada mahkamah untuk ke luar negara, itu pun sekadar ke Singapura.

Namun, pelbagai sudut fitnah dan kenyataan busuk hati yang terbit sebaik kisah permohonan itu diketahui umum.

Ada yang sampai membuat perbandingan isteri Tengku Mahkota Johor pun bersalin di dalam negara tanpa mengetahui anak perempuan Najib dan suaminya telah beberapa tahun menetap di Singapura. Satu perbandingan yang boleh dikata bersandarkan fakta yang salah asalnya.

Apa yang dizahirkan pembangkang akan permohonan Najib dan Rosmah adalah ia umpama satu kesalahan dan dosa besar.

Hakikatnya, ini bukan kes pertama individu yang sedang dibicarakan memohon pasport mereka dikembalikan sebentar bagi membolehkan mereka melunaskan sebarang urusan di luar negara.

Bukan benda baru atau terlalu unik.

Permohonan ini tidak semestinya akan diterima mana-mana hakim tetapi selalunya akan diberikan pertimbangan yang sewajarnya.

Hari ini, tiga hakim yang bersidang di Mahkamah Rayuan untuk kes Najib bersetuju untuk memberikan kebenaran pemulangan pasport beliau sehingga 22 November.


NajibCuba hadam yea, yang memberikan kebenaran ini adalah tiga orang hakim senior yang lebih memahami aspek undang-undang berbanding para penyebar fitnah di alam siber.

Tiga hakim berkenaan ialah Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Ravinthran Paramaguru dan Datuk Abu Bakar Jais.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari juga tidak membuat sebarang bantahan mengenai perkara itu.

Najib telah memfailkan notis usul menerusi Tetuan Shafee & Co pada 14 Oktober bagi membolehkan beliau melawat Nooryana Najwa, yang pada ketika ini di Singapura bersama suami dan anak perempuan berusia empat tahun.

Najib dan Rosmah telah mengukuti prosedur yang ditetapkan dan para hakim membuat keputusan berdasarkan kearifan mereka.

Tidak timbul sebarang apa isu pun. Lain la kalau Najib dan Rosmah lari malam hari guna jalan tikus ke Singapura, maka itu memang ada salahnya.

Bila orang dah buat sesuatu mengikut saluran yang tepat, mengapa ia harus disensasikan melainkan anda memang tak suka mereka dan sepanjang masa mencari salah mereka. – Mynewshub.TV

Baca: Najib Dibenarkan Lawat Anak Di Singapura

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

FACEBOOK MYNEWSHUB 

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanak-Kanak Terjatuh Tingkat 11 Meninggal Dunia

Johor Bahru : Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang terjatuh dari tingkat 11, Rumah...

Belut Gergasi Amerika Ditemukan Di Pantai Texas

AUSTIN : Seekor belut gergasi ditemukan terdampar di sebuah pantai di Rizab Mission-Aransas di...

Lantik Nurul Izzah Salah Dari Segi Moral – Hassan Karim

Bukan sahaja pembangkang, Hassan Abdul Karim turut tidak sedang dengan pelantikan Nurul Izzah Anwar...

Dasar Pendidikan Tinggi Dikaji Semula

PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menubuhkan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan...

Pelantikan Nurul Izzah Undang Perdebatan Di Media Sosial

SHAH ALAM - Pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada...

DBKL Arah Henti Kerja Projek Menara SOHO, Susulan Gangguan LRT

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan arahan memberhentikan kerja serta-merta...

Pengawal Keselamatan Direman, Bantu Siasatan Lelaki Dipukul Hingga Mati

Kota Bharu : Pengawal keselamatan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian pemuda...