• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokong Keputusan Pengerusi ASEAN Berkaitan Wakil Myanmar

oleh
27/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia menyokong penuh keputusan Brunei selaku Pengerusi ASEAN, berhubung isu perwakilan dari Myanmar pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 serta Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata demikian menerusi Twitternya ketika mengulas kenyataan Malaysia pada sidang kemuncak tiga hari yang bermula Selasa yang diadakan secara maya.

Ketika mesyuarat menteri luar ASEAN pada 15 Oktober lalu, blok serantau itu mengambil langkah tegas mengecualikan Myanmar pada Sidang Kemuncak itu selain menolak permintaan kerajaan bayangan Myanmar, Kerajaan Perpaduan Nasional (NUJ) untuk menyertai sidang berkenaan.

Kumpulan serantau itu sebaliknya memutuskan untuk mengundang wakil bukan politik bagi mewakili negara berkenaan.

Sejak kerajaan yang dipilih rakyat pimpinan Aung San Suu Kyi digulingkan junta pada 1 Februari, kekacauan meletus di Myanmar mengakibatkan hampir 1,000 orang awam terbunuh selepas bertempur dengan pasukan keselamatan.

Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38, Ismail Sabri turut menyentuh mengenai wabak COVID-19, dan menggesa ASEAN meningkatkan kerjasama dengan negara yang mempunyai pemikiran sama serta pertubuhan antarabangsa yang relevan ke arah memastikan vaksin pada harga mampu milik, mudah diperoleh selain dikongsi secara saksama selain mengutamakan diplomasi kesihatan menerusi kolaborasi lebih meluas.

Sementara itu, beliau berkata, Pasukan Petugas Peringkat Tinggi (HLTF) yang menyediakan Wawasan Komuniti ASEAN 2025 seharusnya mampu menyiapkan ASEAN supaya menjadi lebih ampuh dalam menangani cabaran dan menerima perubahan.

Beliau menekankan bahawa perkumpulan serantau itu seharusnya mengenal pasti langkah membolehkan ASEAN dapat bekerja lebih efisien dan efektif sambil memanfaatkan sepenuhnya sumber.

“Masukkan segala peluang yang terbit daripada pengalaman dan pengajaran yang diperoleh daripada pandemik,” katanya.

Sementara itu, pada Sidang Kemuncak ke-39, beliau berkata, Malaysia menyeru Myanmar menunaikan komitmennya terhadap penghantaran pulang pelarian selain melindungi mereka yang pulang.

Beliau menyatakan, Malaysia turut berpegang teguh terhadap pendirian bahawa segala aspek berkaitan Laut China Selatan mesti diselesaikan secara aman dan konstruktif sejajar dengan prinsip undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS).

Malaysia turut kekal komited untuk meratifikasi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menjelang hujung tahun ini kerana ia membantu mempercepat pemulihan serantau serta menjadikannya lebih berdaya tahan. – BERNAMA

Tags: ASEANBruneiMyanmarsidang kemuncak ASEAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

27/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang anggota pasukan Perkhidmatan Rahsia Amerikat Syarikat (AS) dilihat melakukan kawalan keselamatan untuk Presiden Donald Trump selepas menghadiri...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd