• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Panggil Duta, Bantah Pencerobohan Kapal China

oleh
05/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) memanggil Duta Besar China pada Isnin untuk menyatakan pendirian dan bantahan terhadap keberadaan dan aktiviti kapal-kapal China, termasuk kapal penyelidikan, di dalam Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia di luar pesisir Sabah dan Sarawak.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra lewat malam tadi, keberadaan dan aktiviti kapal-kapal itu adalah bertentangan dengan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (KUUL) 1982.

“Pendirian dan tindakan konsisten Malaysia adalah berdasarkan undang-undang antarabangsa, demi mempertahankan kedaulatan dan hak kedaulatan di dalam perairan negara,” kata kenyataan itu.

Malaysia juga sebelum ini pernah membantah pencerobohan oleh kapal-kapal asing yang lain ke dalam perairan negara.

Menurut kenyataan itu lagi, dalam menentukan pendirian dan tindakan yang diambil oleh Malaysia berhubung isu Laut China Selatan yang kompleks dan melibatkan hubungan antara negara, kepentingan negara akan terus dijadikan sebagai asas utama.

Malaysia mengulangi pendirian bahawa semua perkara yang berkaitan dengan Laut China Selatan perlu diselesaikan secara aman dan konstruktif, selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara sejagat, termasuk KUUL 1982. – BERNAMA

Tags: Duta Besar Chinakapal chinaKementerian Luar NegeriWisma Putra
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tampil Secara Sukarela Kurangkan Penalti Cukai LHDNM

Next Post

Ahli Politik Malaysia Makin Susut Nilai Moral – Tok Mat

Related Posts

23 Rakyat Malaysia Di Lubnan Selamat – Wisma Putra

23 Rakyat Malaysia Di Lubnan Selamat – Wisma Putra

23/09/2024
0

PUTRAJAYA - Seramai 23 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan disahkan berada dalam keadaan selamat....

757 Kebakaran Hutan, Terbuka Di Kelantan

Serangan Iran Ke Atas Israel: Wisma Putra Perlu Bersedia, Pantau Rakyat Malaysia – TPM

14/04/2024
0

Kuching: Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru...

Next Post

Ahli Politik Malaysia Makin Susut Nilai Moral - Tok Mat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd