• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Satu Kapal Malaysia Lepasi Selat Hormuz, Usaha Diplomatik Buahkan Hasil

oleh Mynewshub
07/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Satu Kapal Malaysia Lepasi Selat Hormuz, Usaha Diplomatik Buahkan Hasil
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia berjaya mendapatkan laluan selamat bagi salah satu daripada tujuh kapal komersial miliknya yang sebelum ini terkandas di Selat Hormuz susulan ketegangan di Asia Barat.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kapal berkenaan kini sedang bergerak menuju ke destinasi yang telah ditetapkan selepas diberikan kebenaran laluan selamat.

Menurut kementerian, perkembangan positif itu dicapai hasil usaha diplomatik peringkat tertinggi, termasuk perbualan telefon antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada 26 Mac lalu.

Selain itu, rundingan turut melibatkan Mohamad Hasan dengan rakan sejawatnya dari Iran, Abbas Araghchi pada 24 Mac 2026.

Kementerian menegaskan Malaysia kekal berpegang kepada prinsip kebebasan navigasi serta keselamatan laluan maritim, selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Dalam masa sama, Malaysia turut menekankan kepentingan dialog berterusan dan penglibatan diplomatik bagi menangani cabaran serantau demi memastikan keamanan serta kestabilan terus terpelihara.

Setakat ini, usaha sedang diteruskan bagi memastikan baki kapal Malaysia yang masih terkandas dapat melalui laluan tersebut dengan selamat. – MYNEWSHUB

Tags: Kapal MalaysiaKementerian Luar NegeriSelat Hormuz
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub TEHRAN – Pihak tentera pusat Iran mengumumkan penutupan Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di selatan...

Iran Gantung MOU Dengan AS Selepas Israel Tetap Buat Kurang Ajar Serang Lubnan

Iran Gantung MOU Dengan AS Selepas Israel Tetap Buat Kurang Ajar Serang Lubnan

19/06/2026
0

Oleh Mynewshub  TEHRAN, 19 Jun — Iran dilaporkan menggantung keseluruhan tempoh rundingan selama 60 hari bersama Amerika Syarikat (AS) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd