• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Akan Terus Perjuang Kesaksamaan Akses Vaksin – PM

oleh
27/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia akan terus memperjuangkan akses vaksin yang adil, mampu milik dan saksama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, meskipun secara purata di peringkat global kes dan kematian Covid-19 semakin menurun, semua orang tidak seharusnya berasa selesa.

“Ketika banyak sekatan dilonggarkan, usaha perlu diteruskan untuk mengekang pandemik itu. Vaksinasi terbukti menjadi kaedah paling berkesan bagi membasminya,” katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Asean-Amerika Syarikat (AS) Ke-9 yang diadakan secara maya semalam.

Presiden AS, Joe Biden turut serta dalam mesyuarat yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Asean Ke-38 dan Ke-39 serta Sidang Kemuncak Berkaitan.

Perdana Menteri turut memuji pentadbiran Biden kerana memberi perhatian serius terhadap wabak Covid-19, baik di peringkat domestik mahupun di persada antarabangsa dan pembabitan aktif negara itu dengan pertubuhan antarabangsa.

“Berhubung perkara ini, Malaysia memuji langkah AS pada Sidang Kemuncak Global Covid-19 baru-baru ini yang berikrar memberikan bantuan tambahan sebanyak 500 juta dos vaksin Pfizer kepada negara berpendapatan rendah menjelang 2022.

“Saya harap ia akan banyak membantu negara anggota Asean mempercepatkan kempen vaksinasi kebangsaan mereka,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai keperluan menyambung jurang digital bagi memastikan kesaksamaan semua dalam mengejar pemulihan dan kemakmuran sosioekonomi, terutama ketika aspek digital sudah begitu pantas menjadi suatu norma.

Ismail Sabri berkata, penerimaan Kenyataan Pemimpin Asean-AS mengenai Pembangunan Digital dan Strategi Bersepadu mengenai Revolusi Industri Keempat semalam adalah tepat pada masanya.

Berdasarkan dokumen itu katanya, Asean dan AS perlu membangunkan segera inisiatif bagi mendukung dan mengukuhkan prasarana serta transformasi digital Asean.

Malaysia sudah bersedia untuk mendukung usaha ini menerusi program MyDIGITAL dan Pelan Ekonomi Digital Malaysia (2021-2030).

Ismail Sabri berkata, Cybersecurity Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengatur Pembangunan Profesional Keselamatan Digital dan Pembelajaran Berterusan Asean bertujuan mengukuhkan kemampuan keselamatan siber bagi membantu menangani ancaman siber di rantau ini sambil menambah, Malaysia berharap AS turut menyokong usaha itu. – BERNAMA

Tags: Ismail Sabri YaakobPerdana MenteriSidang Kemuncak Asean-Amerika Syarikatvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd