• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan PH Luluskan Arak ‘Timah’… KPDNHEP Perlu Ambil Serius

oleh Cj Mnh
21/10/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO hari ini meminta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memanggil dan menyiasat tentang isu penjenamaan dengan mengguna pakai nama ‘Timah’ dan ianya jelas memang di bawah kuasa KPDNHEP.

Ketua Penerangannya, Datuk Norshida Ibrahim berkata syarikat tempatan ini berjaya menghantar permohonan produk arak tersebut dilihat mula mendaftarkan nama dan memohon kelulusan pada 6 Ogos 2019 iaitu ketika negara masih lagi di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan diluluskan.

Menurut beliau hal ini adalah satu petanda buruk kepada kerajaan Malaysia dimana seharusnya sewaktu proses dari awal permohonan tersebut ketika di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan perlu ditolak kerana sememangnya nama tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan tidak seharusnya berlaku dan mendatangkan provokasi terutamanya kepada umat Islam negara ini.

“Wanita UMNO merasakan ini adalah secara terang-terangan untuk menyerang umat Islam dan Melayu, kerana tanpa segan silu menggunakan nama mirip wanita orang Melayu iaitu nama singkatan kepada Fatimah yang juga mirip kepada nama anak Rasulullah S.A.W iaitu Saidatina Fatimah Ar-Zahrah.

“Ditambah pula syarikat tersebut menghina Melayu dan Islam dengan memaparkan label botol arak dengan seorang lelaki berjanggut dan memakai kopiah pada botol minuman dipercayai adalah Kapten Tristram Speedy yang juga Kapten Polis di Larut, Perak pada 1870-an yang pernah bertindak kejam terhadap orang Melayu dan Islam pada ketika itu.

“Kontroversi ini perlu dihentikan segera dengan menolak dan membatalkan kelulusan yang telah diberikan kerana kita akui bahawa syarikat arak tempatan ini cuba mencari peluang untuk menghina Melayu dan Islam. Kita wajib tentang dengan perbuatan mereka ini cuba memecahbelahkan kaum di negara kita,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Katanya lagi Kerajaan perlu segera melakukan siasatan latar belakang serta ketekunan wajar (due diligence) terhadap syarikat berkenaan dan mengambil langkah tegas dengan menutup syarikat pengeluar minuman keras itu seberapa segera.

“Wanita UMNO juga bertegas agar pihak penguatkuasaan dan pemantauan KPDNHEP juga perlu diperkemaskan supaya insiden seperti ‘arak Timah’ tidak berulang dan menjejaskan perpaduan kaum dan jika dibiarkan berleluasa, dikhuatiri akan memberi impak negatif kepada masyarakat, khususnya anak muda,” tambahnya. – UMNO Online

Baca: UMNO Belum Putuskan Kerjasama Dengan Parti Lain

Lagi: Arak Cap Timah Provokatif Terhadap Islam – Yadim

Juga: Mufti Pulau Pinang Gesa Tukar Jenama Arak ‘Timah’

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Tags: arak jenama TimahPHTimah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Banjir: Lebih 1,000 Penduduk Di 5 Negeri Dipindahkan

Next Post

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mohd Diya

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Tiada Kuota Untuk Lantikan Jawatan PH Sabah

Tiada Kuota Untuk Lantikan Jawatan PH Sabah

25/12/2024
0

PENAMPANG - Tiada sebarang kuota bagi lantikan jawatan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah dan pemilihannya dilaksanakan secara demokrasi. IKUTI CHANNEL...

Next Post

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mohd Diya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd