• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jururawat Meninggal Bukan Kesan Sampingan Vaksin COVID-19

oleh Mohd Arshad
02/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengesahkan ketua jururawat yang meninggal dunia akibat COVID-19, bukan kesan sampingan suntikan vaksin.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata semakan mendapati wanita berkenaan adalah seorang pesakit kanser yang masih dalam tempoh cuti sakit barah selama dua tahun.

“Beliau ditawarkan untuk mengambil vaksin COVID-19 pada 17 Februari lalu, namun menolak dengan alasan risau dengan kesan sampingan vaksin itu. Bagaimanapun, beliau kemudian mendaftar dalam MySejahtera serta memberi kebenaran secara sukarela dalam borang kebenaran mendapatkan suntikan vaksin.

“Beliau menerima dos pertama vaksin jenama Cominarty keluaran Pfizer-BioNTech pada 23 Julai lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Sha’ari berkata, ketua jururawat itu mengalami gejala demam, 12 hari selepas mengambil vaksin namun tidak mendapatkan rawatan untuk gejala itu.

“Pesakit mengalami kesukaran bernafas di rumah dan dibawa oleh ambulans ke hospital pada 7 Ogos lalu, 16 hari selepas suntikan vaksin. Setiba di hospital, beliau dirawat sebagai pesakit suspek COVID-19 kategori 5 dan hasil keputusan ujian RTK Antigen, beliau kemudian didapati positif.

“Beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi dan memerlukan bantuan pernafasan, namun keadaannya semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 14 Ogos lalu,” katanya menambah saringan terhadap kontak rapat mengesan dua ahli keluarga wanita itu disahkan positif Covid-19.

“Pihak hospital mengesahkan pesakit meninggal dunia disebabkan oleh COVID-19 dan bukannya akibat kesan sampingan vaksinasi Covid-19,” katanya.

Pada 22 Oktober lalu, tular di media sosal seorang wanita mendakwa kakaknya yang juga ketua jururawat sebuah klinik kerajaan di Selangor meninggal dunia selepas didakwa dipaksa menerima vaksinasi.

Menerusi video yang tular itu, wanita berkenaan mendakwa kakaknya yang menghidap penyakit kanser payu dara tahap dua dan diabetes, meninggal dunia selepas mengambil vaksin Pfizer pada 23 Julai lalu kerana perlu memulakan tugas. – BH Online

Tags: ketua jururawatmeninggal duniavaksin covid-19
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat bekas menteri yang semasa hayatnya sering melaungkan hidup Melayu, tetapi...

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sebelum ini terdapat menteri meninggalkan kekayaan sebanyak RM4 bilion apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd