• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Bera Mula Operasi Awal Tahun Hadapan

oleh Mohd Arshad
11/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Hospital Bera yang dalam peringkat akhir pembinaan dijangka memulakan operasi pada awal tahun hadapan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berkata prestasi kerja pembinaan hospital yang terletak di Bandar Bera itu kini berada di tahap 98 peratus, dengan kerja yang masih berbaki melibatkan kemasan terakhir dan peralatan.

Pembinaan hospital dengan kapasiti 40 katil itu bermula pada 2 Okt 2010 namun khidmat kontraktor asal ditamatkan pada tahun 2012 selepas hanya mampu menyudahkan 57 peratus daripada kerja pembinaan sebelum kontraktor penyelamat dilantik pada tahun 2016.

“Bagaimanapun kontraktor penyelamat juga ditamatkan pada tahun lalu kerana mempunyai masalah semasa tahap kerja sudah berada pada 93 peratus yang membawa kepada pelantikan kontraktor ketiga pada 5 Jan tahun ini.

“Insya-Allah penantian lebih 150,000 penduduk Bera untuk memiliki hospital sendiri akan tercapai sama ada pada Januari atau Februari tahun hadapan,” katanya pada sidang media selepas meninjau pembinaan hospital itu di sini hari ini.

Beliau berkata pembinaan Hospital Bera mengalami kelewatan daripada perancangan asal dan dijadualkan siap pada Disember ini.

Ismail Sabri sebelum itu mendengar taklimat perkembangan pembinaan hospital itu daripada Ketua Pengarah Kerja Raya Datuk Mohamad Zulkefly Sulaiman.

Kelewatan pembinaan hospital yang dibina di atas tanah berkeluasan 13.3 hektar itu juga, menurut Ismail Sabri menyebabkan kos asal sebanyak RM88 juta meningkat kepada RM130 juta.

Berhubung perjawatan di hospital itu, Ismail Sabri berkata ia dijangka menerima 480 kakitangan kesihatan dengan kemudahan kuarters disediakan bersebelahan bangunan utama hospital.

“Kita juga berharap Kementerian Kesihatan (KKM) akan menempatkan doktor pakar di sini untuk kemudahan penduduk kerana Bera adalah sebuah daerah yang luas.

“Pembinaan hospital ini memudahkan penduduk yang terpaksa ke hospital daerah berhampiran untuk rawatan kesihatan seperti Hospital Temerloh atau ke hospital di Kuala Pilah (Hospital Tengku Ampuan Najihah) untuk mereka yang berhampiran sempadan Negeri Sembilan,” katanya.

Ismail Sabri berkata antara kemudahan yang amat diperlukan oleh penduduk daerah itu ialah unit dialisis. – BERNAMA

Tags: Hospital BeraIsmail Sabri YaakobPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Minta Jangan Politikkan UEC Masuk IPTA – ‘Dunia Sekarang Semua Nak Kait Politik’

PM Anwar Minta Jangan Politikkan UEC Masuk IPTA – ‘Dunia Sekarang Semua Nak Kait Politik’

15/05/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan laluan untuk lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi...

PMX Anwar Seru Rakyat Bersyukur Tiada Catuan Bahan Api, Banyak Negara Hormati Malaysia

PMX Anwar Seru Rakyat Bersyukur Tiada Catuan Bahan Api, Banyak Negara Hormati Malaysia

15/05/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya terus bersyukur dengan kemampuan kerajaan mengawal impak krisis global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd