• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Kit Ujian Kendiri Covid-19 Dijangka Turun November

oleh
08/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penurunan harga kit ujian kendiri Covid-19 dijangka dilaksanakan pada November ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pihaknya sedang membuat penilaian di peringkat industri sebelum menentukan harga siling borong dan runcit yang baharu bagi kit ujian kendiri di pasaran.

Menurutnya, KPDNHEP juga sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membolehkan lebih banyak premis menjual kit ujian ini seperti pasaraya dan premis sedia ada menjual dengan harga lebih rendah daripada harga yang ditetapkan kerajaan.

“Kementerian akan memantau harga dan persaingan kesan daripada peluasan penjualan kit ujian kendiri Covid-19 ini selain daripada farmasi dan klinik.

“Dengan mengambil kira semangat Keluarga Malaysia dan kepentingan kepada masyarakat, KPDNHEP menggalakkan agar peniaga menawarkan harga yang lebih rendah dan munasabah tanpa ditentukan kerajaan,”katanya melalui kenyataan media hari ini.

Pada masa ini terdapat kira-kira 6 juta kit ujian kendiri Covid-19 berada dalam pasaran.

Rabu lalu media melaporkan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof Datuk Dr N Marimuthu, berkata harga runcit maksimum RM19.90 yang ditetapkan kerajaan sebelum ini dilihat masih tinggi dan perlu diturunkan kepada RM9.90.

Alexander berkata, penetapan harga yang dilaksanakan oleh kerajaan pada 5 September lalu turut mengambil kira kos membawa masuk dan mengeluarkan kit ujian itu.

“Kerajaan juga telah menerima maklumbalas daripada industri berhubung paras harga yang wajar dipertimbangkan supaya dapat menjamin bekalan yang mencukupi dan berterusan.

“KPDNHEP akan mengeluarkan satu harga yang baharu selepas ia diperhalusi dan dimuktamadkan pada November ini.

“Saya berharap semua pihak yang terlibat di dalam penjualan kit ujian ini akan mengambil maklum dan memberikan kerjasama demi kebaikan semua pihak.

“Usaha yang digembleng bersama inidiharap dapat membantu negara keluar daripada pandemik Covid-19seterusnya menghidupkan semula pelbagai sektor di dalam negara termasuk sektor ekonomi domestik,”katanya. – myMetro Online

Tags: kit ujian kendiri covid-19KKMKPDNHEP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Vaksin Pfizer Untuk Dos Penggalak

Next Post

Kisah Suraqah Dan Janji Rasulullah SAW

Related Posts

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

04/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Hartal Doktor Kontrak bimbang jaminan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memuktamadkan kadar yuran rundingan pegawai perubatan am (GP) dalam...

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

22/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Penjualan produk gula-gula kenyal atau gummy berbentuk mata dikesan masih berleluasa di kebanyakan platform dalam talian walaupun arahan...

Next Post

Kisah Suraqah Dan Janji Rasulullah SAW

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd