• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

oleh AK-47
04/05/2025
dalam Terkini
0
Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Hartal Doktor Kontrak bimbang jaminan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memuktamadkan kadar yuran rundingan pegawai perubatan am (GP) dalam tempoh sebulan ini, hanya satu lagi janji manis bagi meredakan isu mogok doktor swasta.

Jurucakapnya memaklumkan, janji sama pernah disuarakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Mac lalu apabila Ahli Parlimen Kuala Selangor itu menyatakan perkara terbabit akan diselesaikan sebelum 1 Mei.

“Sekarang sudah melepasi 1 Mei tetapi tidak dinaikkan pun yuran rundingan. Kita khuatir janji manis kali ini hanya disebabkan pelan mogok GP oleh MMA (Persatuan Perubatan Malaysia).

“Sebab sudah beberapa kali ‘ditipu’ pihak atasan bahawa yuran akan dinaikkan tetapi akhirnya tidak dinaikkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Dzulkefly memberi jaminan semakan kadar yuran perundingan GP swasta akan dimuktamadkan dalam tempoh sebulan.

Beliau dilaporkan berkata, memorandum Kabinet dan pekeliling sokongan sudah disediakan dan dijangka dibentangkan dalam tempoh sama.

30 April lalu, MMA menyatakan bahawa pengamal perubatan am (GP) akan berarak dari bangunan KKM ke Pejabat Perdana Menteri, dijadual bermula jam 10 pagi, Selasa ini, bersama beberapa persatuan doktor lain bagi membantah penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) terhadap profesion perubatan.

Pada masa sama, jurucakap Hartal Doktor Kontrak memaklumkan wujud keperluan mendesak untuk menaikkan yuran rundingan atas beberapa sebab termasuk kos untuk menguruskan klinik swasta semakin bertambah saban tahun.

Beliau berkata, ia disebabkan pelaksanaan gaji minimum dan penambahan kos ubat yang akhirnya membebankan GP di klinik swasta.

“Sebelum ini klinik ada mendapat sedikit keuntungan melalui jualan ubat-ubatan, tetapi sebab arahan pemaparan harga ubat, pesakit mungkin akan beli ubat di farmasi sahaja dan ini akan mengurangkan keuntungan klinik swasta,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Hartal Doktor KontrakKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

27/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd