• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

oleh Mohd Arshad
22/02/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Penjualan produk gula-gula kenyal atau gummy berbentuk mata dikesan masih berleluasa di kebanyakan platform dalam talian walaupun arahan larangan dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Tinjauan BH di beberapa platform jualan popular hari ini mendapati, makanan ringan pelbagai perisa itu dijual dengan harga serendah 89 sen sebiji.

Pembeli bukan sahaja boleh memilih kuantiti pembelian, malah boleh mencampur perisa dan bentuk.

Di platform jualan secara langsung, ada peniaga dikesan belum menurunkan produk berkenaan, sekali gus melanggar arahan KKM.

Malah, peniaga seolah-olah mahu menghabiskan stok dengan menjual secara pukal serendah RM5 untuk lebih 30 biji.

Selain gummy berbentuk mata, pelbagai produk gula-gula kenyal lain turut dijual di platform berkenaan dan melihat kepada saiznya, ia berkemungkinan berbahaya sekiranya tertelan oleh kanak-kanak.

Sementara itu, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Prof Madya Dr Norazmir Md Nor, berkata tekstur kenyal dan melekit menyebabkan gula-gula kenyal sukar dikunyah sepenuhnya serta boleh melekat pada tekak, seterusnya menyekat saluran pernafasan.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Pemakanan, Fakulti Sains Kesihatan, berkata saiz dan bentuk gula-gula kenyal berbentuk bulat dan besar mudah tersekat di kerongkong kanak-kanak.

“Kanak-kanak belum mampu mengunyah dengan betul, terutama yang berusia bawah lima tahun. Mereka belum mahir mengunyah makanan dengan sempurna, sekali gus meningkatkan risiko tercekik.

“Malah, kecenderungan terus menelan juga berlaku, khususnya apabila teruja dengan makanan ini dan cuba menelannya tanpa mengunyah dengan betul,” katanya kepada BH di sini, hari ini.

Selain gummy, katanya, ada makanan lain berisiko tinggi menyebabkan kanak-kanak tercekik seperti kacang, gula-gula keras dan bijirin kering.

“Makanan kecil dan bulat seperti anggur, ceri, atau tomato ceri juga berisiko. Selain itu, makanan berserat seperti daging yang tidak dipotong halus, makanan bersaiz kecil dan nipis, serta sayuran mentah seperti lobak merah.

“Makanan melekit seperti marshmallow, mentega kacang pekat atau keju lembut juga boleh meningkatkan risiko tercekik,” katanya.

BHonline-

Tags: gula-gula kenyalKKM
Share213Tweet133SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd