• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gamer Malaysia Kongsi RM21.7 Juta

oleh Mohd Arshad
20/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Nama Malaysia sekali lagi harum di pentas dunia apabila ‘gamer’ negara, Cheng Jin Xiang berkongsi hadiah AS$5.2 juta (RM21.7 juta) selepas muncul naib juara kejohanan e-sukan berprestij di Romania hari ini.

Lebih dikenali dengan julukan, NothingToSay, Jin Xiang, 20, mewakili pasukannya yang berpangkalan di China, PSG.LGD menduduki tempat kedua pada kejohanan The International 2021 Dota 2.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang AS$5.2 juta dan hadiah kemenangan bakal dikongsi bersama lima pemain.

The International 2021 Dota 2 adalah kejohanan e-sukan yang menawarkan hadiah tertinggi dalam sejarah dengan AS$40 juta (RM166 juta).

Jumlah wang kemenangan itu setanding dengan kejohanan tenis Grand Slam, Wimbledon dan 10 kali lebih banyak daripada jelajah berbasikal, Tour de France.

Selain itu, dua lagi rakyat Malaysia Thiay Jun Wen dan Chan Chon Kien mewakili kelab yang berpangkalan di China, Invictus Gaming menduduki tempat keempat, sekali gus memenangi AS$2.4 juta (RM10 juta).

Seorang lagi peserta dari Malaysia, Ng Kee Chyuan adalah anggota pasukan Fnatic yang berpangkalan di United Kingdom terikat di kedudukan kesembilan hingga 12, sekali gus memenangi AS$800,400 (RM3.3 juta). – UTUSAN MALAYSIA

Baca: Arak Cap Timah Provokatif Terhadap Islam – Yadim

TWITTER MYNEWSHUB 

Tags: Cheng Jin Xiange-sukanGamersThe International 2021 Dota 2
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mufti Pulau Pinang Gesa Tukar Jenama Arak ‘Timah’

Next Post

DAP Tolak ‘YB Viral’ Norhizam Calon PRN Melaka

Related Posts

e-Sukan Tawar Hadiah Lebih RM20,000 Sempena AKM

10/12/2021
0

KUALA LUMPUR : Hadiah wang tunai lebih RM20, 000 ditawarkan dalam pertandingan sukan elektronik (e-Sukan) sempena Program 100 Hari Aspirasi...

SPRM FIFA 21 Challenge, Sebar Mesej Antirasuah Kepada Belia

24/06/2021
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menganjurkan kejohanan e-sukan SPRM FIFA 21 Challenge, mulai 1 hingga 17 Julai...

Next Post

DAP Tolak ‘YB Viral’ Norhizam Calon PRN Melaka

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd