Tuesday, July 23, 2024

Creating liberating content

Cuaca Panas: Jemaah Menteri...

PONTIAN: Jemaah Menteri akan membincangkan sama ada untuk melanjutkan cuti persekolahan atau sebaliknya...

Henti Spekulasi Berhubung Nahas...

KLUANG - Orang ramai diminta menghentikan sebarang spekulasi berhubung nahas helikopter awam yang...

Peruntukan RM1.2 Bilion Bukti...

PUTRAJAYA - Pengumuman peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk kemajuan syiar Islam tahun depan...

Peniaga Naikkan Harga Sebelum...

KLUANG - Peniaga yang menaikkan harga barangan sebelum Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Dapatkah PRN Melaka Berlangsung Dengan Benar-Benar Selamat?

KUALA LUMPUR – Mahu tak mahu, kita terpaksa berdepan juga dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika kerisauan dan kepayahan masih melanda.

Tidak kurang juga pakar yang cuba memberi perspektif berbeza, supaya dapat dilihat sisi positif acara itu pada ketika dan waktu tidak menentu ini, dengan mengatakan ia menjadi medan belajar mengendalikan proses demokrasi itu dalam norma baharu.

Ditegaskan supaya prosedur operasi standard (SOP) perlu tetap dipatuhi, tidak kira sesiapapun baik rakyat marhaen apatah lagi ahli-ahli politik dan pemimpin tertinggi parti.

Sebagai langkah pencegahan, kerajaan juga telah melarang sebarang bentuk aktiviti pertemuan untuk tujuan berkempen.

Namun, apakah SOP yang khusus untuk setiap perjalanan proses pilihan raya? Kalau tidak boleh ada acara perhimpunan, apakah batasnya untuk parti-parti berkempen? Bagaimanakah aturannya ketika hari mengundi?

Masih belum ada. Dan kurang dua minggu lagi pentas pertandingan akan dibuka dengan hari penamaan calon pada 8 November ini.

Apapun cabaran dan kekangan yang dihadapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia perlu disegerakan.

Paling penting, ia perlu mengambil iktibar sebaik-baiknya daripada apa yang berlaku di Sabah tahun lepas.

Mungkin keadaannya berbeza antara kejadian September 2020 itu dengan hari ini, di mana ketika itu vaksin masih belum ada dan meluas disuntik kepada rakyat, berbanding hari ini yang rata-rata rakyat seluruh negara yang divaksin sudah mencapai 90 peratus.


Namun terbukti juga bahawa mereka yang sudah disuntik dua dos pun masih berdepan risiko dijangkiti COVID-19, dan perlu diingat juga majoriti golongan kanak-kanak masih belum divaksin.

Anda mungkin sudah dilindungi sepenuhnya dan tidak merasai sebarang gejala, namun masih juga berupaya menjadi membawa dan, minta dijauhkan, berpotensi menjadi ‘superspreader’ – jika SOP tidak dijaga.

Hal ini sudah umum diketahui, sudah diuar-uarkan banyak kali, tetapi suka untuk diingatkan sekali lagi kerana kita ini mudah lupa, lagi-lagi apabila didepani soal kuasa.

Andai institusi yang diharapkan tidak dapat melunaskan tuntutan tanggungjawabnya dengan baik pada ketika diperlukan, seluruh anggota masyarakat lain perlu bertindak supaya negara ini tidak kembali tersungkur dibadai virus durjana itu sekali lagi, dek kealpaan kita.

Bagaimana kita dapat memainkan peranan kita? Kita bincangkan bersama pakar kesihatan keluarga, Dr.Suhazeli Abdullah; mantan ahli tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), Dr. G. Manimaran; dan pakar ekonomi Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Saari di pentas Dialog Tiga Penjuru.

Malam ini jam 8.30, hanya di saluran 501 dan astroawani.com. – Astro AWANI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori