Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

Bapa Kejam, Bunuh Dan...

ALABAMA – Hanya lakonan semata-mata. Rupa-rupanya kesedihan melampau dan kebimbangan yang dialami seorang...

Meninggal Dunia Selepas Dihantar...

KUANTAN - "Sabtu lalu saya bermain dengan dia. Cucu sihat dan aktif seperti...

Pelaburan Luar Negara 1MDB...

KUALA LUMPUR : Bank Negara Malaysia (BNM) menjelaskan kesemua pelaburan di luar negara...

LTTE: Permohonan Jaminan ADUN,...

KUALA LUMPUR - Dua Mahkamah Tinggi berasingan di sini hari ini menetapkan 16...

BKP Akan Diberikan Mulai Esok

KUALA LUMPUR – Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan secara ‘one-off’ mulai esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan itu akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang hilang pendapatan pada tahun ini.

“Ia membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai esok melalui Portal BKP iaitu https://bkp.hasil.gov.my.


Menurutnya, kerajaan komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sentiasa terbela.

“Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori