• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biarlah UMNO Bertanding Dengan Panji BN Secara Solo

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi gambaran kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) berkemungkinan tidak dapat direalisasikan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya ia diadakan kelak.

Perkara itu dimaklumkannya dalam sebuah program bual bicara bertajuk ‘Jawab, Saya Tanya’ bertajuk ‘PRU15: Membentuk Atau Membina Arus?’ pada Selasa malam.

“Oleh kerana MN ini tidak pernah didaftarkan, maka saya tidak nampak ada cahaya terang untuk MN itu direalisasikan sebagaimana pilihan raya kecil yang pernah diadakan.

“Biarlah UMNO bertanding dengan panji-panji Barisan Nasional (BN) secara solo, dan InsyaAllah rakyat memilih parti yang terbaik,” kata Ahmad Zahid.

Tambah Ahmad Zahid, sebagai ahli politik, beliau tidak pernah kecewa meskipun dikhianati.

“Saya tidak pernah kecewa sebagai seorang orang ahli politik tetapi kita harus tahu bahawa bila kita berkongsi, terutamanya berkongsi hidup, kita harus saling percaya mempercayai dan kita jangan khianat mengkhianati.

“Cukuplah kalau pengkhianatan itu dilakukan sekali. Tetapi kalau telah berulang kali, bukan kepada UMNO tetapi kepada pelbagai pihak.

“Saya fikir itu harus dinilai semula,” katanya lagi.

Mengulas lanjut berhubung kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), jelas Presiden UMNO itu beliau menghormati keputusan dan ketetapan dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu.

“Ketetapan telah dibuat dan saya sebagai Presiden menghormati bahawa di dalam PRU-15 nanti kita tidak akan bekerjasama dengan Bersatu.

“Saya fikir itulah kehendak di kalangan ahli-ahli UMNO dan kepimpinan UMNO di seluruh negeri Melaka.

“Saya harap mereka yang mendengar apa yang saya nyatakan ini, adalah ekoran daripada suara hati dan suara hati politik mereka,” katanya lagi.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka sebelum ini dibubarkan kerana Kerajaan Negeri Melaka hilang majoriti dan berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka, PRN perlu dilaksanakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran itu. – Astro AWANI

Tags: Ahmad Zahid HamidiBarisan Nasionalmuafakat nasionalUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd