• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

98.18 Peratus Daripada 1.6 Juta Penjawat Awam Lengkap Divaksin

oleh
12/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah penjawat awam yang sudah lengkap menerima vaksin Covid-19 mencecah 98.18 peratus setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Ini bermakna hanya baki 1.92 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam yang belum mengambil vaksin itu, katanya.

“Program vaksinasi ini masih lagi berjalan dan dibuat secara sukarela termasuk kepada kakitangan awam,”katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Pejuang-Sri Gading) yang meminta penjelasan mengenai status dan hak penjawat awam yang tidak mahu mengambil vaksin dan adakah kerajaan akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap penjawat awam itu.

Dr Abdul Latiff berkata, jika kerajaan mahu mewajibkan penjawat awam yang tidak mahu mengambil vaksin untuk menerima vaksin itu, ia memerlukan peraturan dan libat urus supaya boleh dilakukan dengan cara yang berhemah.

Menjawab soalan tambahan Shahruddin mengenai bagaimana memastikan orang awam yang enggan mengambil vaksin tidak menjejaskan kesihatan orang awam lain, Dr Abdul Latif berkata, setakat ini kerajaan belum bercadang mewajibkan pengambilan vaksin seperti di negara lain contohnya Singapura dan Kanada.

Namun katanya, kerajaan setakat ini menggunakan pendekatan melarang mereka yang enggan menerima vaksin menikmati kemudahan termasuk tidak boleh makan di dalam kedai makan atau aktiviti lain yang boleh dinikmati oleh mereka yang lengkap vaksin.

“Dengan cara begini lama-lama mereka akan sedar, mereka tidak boleh hidup tanpa mengikuti nikmat yang orang lain (dapat), mereka juga terdedah kepada risiko jangkitan teruk jika dijangkiti Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan akan terus melakukan libat urus dengan orang awam termasuk masyarakat Orang Asli bagi memastikan semua golongan sasar menerima vaksin. – BERNAMA

Tags: Penjawat Awamvaksin covid-19
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd