• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

69 Lagi Kematian Akibat Covid-19, 11 Kes BID

oleh
20/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Angka harian kematian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini terus kekal di bawah 100 apabila 69 kes direkodkan semalam.

Data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal COVIDNOW menunjukkan daripada jumlah itu, 11 kes membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Setakat semalam, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 mencecah 28,062 atau kira-kira 1.2 peratus daripada keseluruhan 2,396,761 kes positif di Malaysia.

Jumlah keseluruhan kes BID pula meningkat kepada 5,666, iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan korban akibat Covid-19.

Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) terus mencatat penurunan sejak awal September lalu.

Terdapat 676 kes aktif di ICU seluruh negara ketika ini, berbanding lebih 1,500 pada hujung Ogos lalu.

Ketika ini, kadar penggunaan ICU di hospital kerajaan seluruh negara ialah 61.7 peratus, namun dua negeri masih merekodkan kadar melebihi 70 peratus iaitu Perak (73.5 peratus) dan Sarawak (83.9 peratus).

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan turut mencatat penurunan sejak dua bulan lalu, dengan mencatat 330 kes setakat semalam berbanding lebih 900 kes pada awal Ogos lalu.

Pada masa sama, kadar penggunaan katil hospital bagi kes Covid-19 di seluruh negara ialah 66.1 peratus dengan kesemua negeri merekodkan di bawah 80 peratus. – Astro AWANI

Tags: kematian covid-19KKMmeninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd