Sample Page Title

KECOH tentang pangkalan data myIDENTITY didakwa telah dijual di forum pasaran pangkalan data yang terkenal.

Penjual untuk forum tersebut mendakwa kononnya ia mengandungi empat juta data peribadi rakyat Malaysia.

Data itu didakwa diperoleh dari portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menggunakan Application Programming Interfaces (API) yang dibuat untuk myIDENTITY.

Mungkin ramai belum tahu apakah itu myIDENTITY?

MyIDENTITY adalah sebuah sistem membolehkan warganegara dan pemastautin tetap mencapai maklumat peribadi dan mengemaskini maklumat perhubungan semasa berurusan secara online dengan agensi Kerajaan.

Pelaksanaan inisiatif oleh kerajaan itu memudahkan individu kerana tidak perlu lagi memberikan maklumat peribadi yang sama berulang kali apabila berurusan dengan agensi kerajaan.

Maklumat termasuk nama, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, jantina, alamat tetap, alamat surat-menyurat, alamat e-mel serta nombor telefon mudah alih dan Projek Perintis myIDENTITY bermula pada 14 Jun 2012.

Bagaimanapun LHDNM dalam satu kenyataan telah menegaskan dakwaan konon berlaku kebocoran data myIDENTITY melalui portal rasminya seperti yang ditularkan tersebut tidak benar.

Ia kerana LHDNM merupakan pengguna dan bukannya pemilik kepada sistem tersebut tersebut yang berada di bawah seliaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


LHDNM malah telah bertindak proaktif dengan melakukan siasatan dalaman dan mendapati tidak berlaku sebarang kebocoran data atau maklumat seperti yang didakwa.

LHDNM turut memberi jaminan semua data dan maklumat yang berada dalam simpanan LHDNM adalah selamat.

Dalam hal ini penulis lebih meyakini LHDNM kerana umum mengetahui operasi agensi percukaian negara itu dilindungi dengan teknologi keselamatan data yang diiktiraf.

Segala maklumat percukaian dilindungi oleh ciri-ciri keselamatan yang tinggi termasuk Secure Socket Layer (SSL) atau Jaminan keselamatan, Public Key Infrastructure (PKI) / Prasarana Kekunci Awam, Jagaan Data Sulit terjamin, Boleh dibuktikan (autentik), Integriti dan Tanpa Keraguan.

Penambahbaikan demi penambahbaikan malah telah dilaksanakan melalui banyak program audit dalaman termasuk “Information Security Management System For Operation Of e-Filing System At Data Centre LHDNM, Cyberjaya”.

LHDNM seperti juga semua pembekal perkhidmatan online yang lain sentiasa komited menjamin keselamatan aktiviti online pelanggan mereka.

Justeru seperti dikatakan LHDNM, rakyat perlu berhati-hati dengan pihak yang tidak bertanggungjawab membuat dakwaan palsu dengan niat untuk mengelirukan dan menipu masyarakat. – Mynewshub.TV

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...