• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh Perbaharui Lesen Memandu Dilanjut Hingga 31 Disember

oleh
03/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan bersetuju melanjutkan tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) sehingga 31 Disember depan.

Selaras dengan keputusan itu, mana-mana pemilik LKM dan LMM yang telah tamat tempoh sah tidak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan dan pematuhan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan serta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 31 Disember depan.

Pada masa sama, mangsa tragedi banjir di Yan dan Merbok, Kedah turut dikecualikan daripada perlu membayar yuran penggantian bagi LKM dan LMM masing-masing.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pengecualian bayaran itu adalah bagi LLM yang hilang dan LKM yang rosak akibat bencana banjir itu.

Bagaimanapun, katanya, mangsa banjir yang ingin mendapatkan pengecualian itu dikehendaki membawa bersama laporan polis ketika hadir ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Pengecualian ini hanya terpakai bagi mangsa banjir di Yan dan Merbok sahaja.

“Kami menerima banyak aduan daripada mangsa banjir di Yan dan Merbok yang mendakwa lesen memandu mereka hilang dihanyutkan air malah, ada juga cukai jalan yang rosak terkena air,” katanya. – K! ONLINE

Tags: kementerian pengangkutanLesen Kenderaan MotorLesen Memandu Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kementerian Pengangkutan Terima Set Pertama ETS3

Kementerian Pengangkutan Terima Set Pertama ETS3

08/06/2024
0

KUALA LUMPUR - Malaysia telah menerima set pertama Tren Elektrik (ETS3) bagi perkhidmatan Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, pada Jumaat....

Kementerian Pengangkutan Akan Mohon RM10 Juta Untuk Program MyLesen B2

Kementerian Pengangkutan Akan Mohon RM10 Juta Untuk Program MyLesen B2

08/07/2023
0

BALIK PULAU: Kementerian Pengangkutan akan memohon peruntukan sebanyak RM10 juta tahun depan untuk Program MyLesen B2 bagi membantu lebih ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd