• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Takkan Cakap Hari-Hari Dekat Kerusi” – Azalina

oleh
29/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said menegur jemaah menteri dan timbalan menteri yang kebanyakannya tidak hadir ketika perbahasan di Parlimen.

Menurutnya, kebanyakan Ahli Parlimen membangkitkan isu penting namun pada masa sama kebanyakan menteri tidak hadir.

Azalina (BN-Pengerang) meluahkan kekecewaan berhubung senario itu ketika giliran beliau membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dengan mengutarakan gesaan supaya kerajaan wujudkan mahkamah khas membicarakan kesalahan jenayah membabitkan kanak-kanak di Dewan Rakyat, hari ini.

“Saya nak tanya pada menteri yang bertanggungjawab. Saya tak tahulah siapalah yang bertanggungjawab, ini pun tak ada (tidak hadir dalam Dewan Rakyat).

“Saya ingin kata, tuan Yang Dipertua ini memang masalah besar (kedatangan jemaah menteri). Takkan cakap hari-hari dekat kerusi…betul tak? Tapi tak apalah, agaknya sibuk,” katanya.

Sebelum mengakhiri gilirannya berbahas, Azalina berkata, wakil rakyat yang bercakap mengenai RMK-12 janganlah melupakan rakyat yang memerlukan kerajaan dengan menggunakan Ahli Parlimen sebagai mata dan telinga.

“Dan apabila kita tegur, bukan kerana kita marah dan benci kepada kerajaan. Tetapi kita mahu letakkan kelebihan kita (Ahli Parlimen) kepada rakyat yang meletakkan kita menjadi wakil mereka di dalam dewan Parlimen ini,” katanya.

Terdahulu beliau menggesa kerajaan segera mewujudkan mahkamah sesyen khas di seluruh negara khusus untuk membicarakan kes berkaitan kesalahan jenayah seksual membabitkan mangsa kanak-kanak.

Beliau menegaskan, perkara itu sudah dipersetujui kerajaan ketika beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, namun ia masih belum selesai sehingga kini.

Tanpa mahkamah khas itu, tegasnya, urusan membabitkan mangsa kanak-kanak menjadi rumit, apatah lagi dengan pandemik Covid-19 yang meningkatkan kes jenayah seksual membabitkan golongan itu.

“Masa saya menteri, saya nak wujudkan mahkamah sesyen di semua negeri (untuk jenayah seksual kanak-kanak). Kerajaan (ketika itu) dah setuju, tetapi sampai hari ini tak buat.

“Apabila ke mahkamah jenayah biasa, anak-anak mangsa jenayah seksual ini masuk keluar kes dah besar panjang. Siapa nak jadi saksi? Malu.

“Itu sebabnya perlu mahkamah khas, bilik saksi khas dan pendekatan khas. Dengan Covid-19, berapa banyak kes anak di dera dan jadi mangsa jenayah seksual di rumah?

“Mereka ini nak bawa ke mana? Kalau setakat nak jadi menteri tapi ini pun tak boleh selesai, tak payah jadi menteri. Anak-anak ini adalah masa depan negara,” katanya.

Dalam satu kenyataan media pada 23 Ogos lalu, Azalina mengesahkan letak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Beliau berkhidmat dalam jawatan itu selama 13 bulan sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kelapan. – myMetro Online

Tags: Azalina Othman SaidJenayah Seksualmahkamah sesyen khas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

23/10/2025
0

KOTA KINABALU: Perincian dasar dan polisi yang terkandung dalam draf penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli dijadualkan akan dibentangkan kepada...

Hantar ‘Sticker’ Lucah Umpan Gurauan Awal Uji Reaksi Mangsa, Dorong Jenayah Seksual – Polis

Hantar ‘Sticker’ Lucah Umpan Gurauan Awal Uji Reaksi Mangsa, Dorong Jenayah Seksual – Polis

07/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Hantaran 'sticker' lucah dalam aplikasi sosial dikenal pasti antara taktik awal digunakan dalam proses pengantunan oleh pemangsa seksual...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd