• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Akan Mohon Sambung Reman Ketua Ajaran PMYT

oleh
06/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan permohonan reman tambahan terhadap ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang menggunakan gelaran Sittah Annur berusia 39 tahun.

Reman terhadap suspek dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya akan memohon untuk menyambung reman suspek kerana terdapat beberapa perkara lagi yang perlu disiasat.

“Setakat ini, siasatan masih berjalan, pihak polis sedang meneliti semua video yang dimuat naik menerusi pelbagai platform seperti Youtube dan Facebook.

“Dokumen-dokumen berkaitan juga sudah dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Terdahulu, polis menahan Sittah pada 4 September lalu selepas menyerbu kediamannya di Shah Alam.

Polis turut membuat rampasan lima telefon bimbit pelbagai jenama, sekeping kad bank, sekeping resit pemindahan wang ke akaun bank tempatan sebanyak RM84,721.42 dan sepasang telekung warna putih dipercayai digunakan oleh suspek semasa membuat Live Facebook.

Bermula 29 Ogos lalu, Harian Metro melaporkan seorang wanita berusia 39 tahun yang menggunakan gelaran Sittah Annur didakwa mula mengembangkan ajaran PMYT yang dipercayai bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Wanita berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam itu dikesan sejak enam bulan lalu menggunakan media sosial seperti Facebook (FB), YouTube dan Telegram untuk berkongsi pelbagai ramalan termasuk Perang Dunia Ketiga kononnya berlaku di Sabah sebelum dia memimpin pasukannya untuk mencari Imam Mahdi bagi melawan musuh.

Selain bercerita mengenai peperangan itu, Sittah Annur turut mendakwa dirinya beryaqazah dengan malaikat dan bertemu secara jaga (sedar) dengan Nabi Muhammad SAW dan merangka pelan keluar bersama pengikutnya jika peperangan berlaku.

Malah, bagi meyakinkan pengikutnya, Sittah Annur turut dikesan menjaja nama beberapa orang pemimpin negara, pemimpin dunia dan tokoh agama sebagai khalifah kepada ajarannya itu.

Lebih membimbangkan, perancangan teliti ala tentera dirancang kumpulan itu membabitkan pergerakan ke 29 lokasi di seluruh negara sebaik berlakunya serangan di Sabah.

Susulan pendedahan Harian Metro, pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan polis di seluruh negara mendesak pihak berkuasa agama dan PDRM mengambil tindakan segera terhadap kumpulan berkenaan yang disifatkan mengganggu ketenteraman awam selain menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

Pelbagai pihak berkuasa agama negeri termasuk Jakim dan Mufti menyifatkan ajaran ini terpesong daripada Islam. – myMetro Online

Tags: PDRMPerjalanan Mimpi Yang TerakhirSittah Annur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini media sosial dijadikan medan interaksi untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta perdebatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd