Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Pingat Badminton Bukan Di...

KUALA LUMPUR - Sandaran pingat bagi sukan badminton di Rio de Janeiro tidak...

Keputusan BN Gabung Parti...

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada BN akan bergabung dengan parti lain sekiranya...

Wow… Siapa Sangka Alas...

JIKA sebelum ini jenama fesyen terkenal, Balenciaga pernah menjadi bahan jenaka apabila peraga...

Nikah Hari Ini, Mell...

TAHNIAH diucapkan kepada pengantin baharu, Melly Matius yang merupakan vokalis kumpulan Sakura Band,...

PM Bentang RMK-12 Pada 27 September Ini

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, pada 27 September ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, usaha penyediaan RMKe-12 juga kini hampir 100 peratus siap.

“Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan memberi taklimat dan maklumat terkini kepada perdana menteri mengenai penyediaan RMKe-12 itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda memulakan tugas di Unit Perancang Ekonomi berkenaan di sini, pada Rabu.

Turut serta adalah timbalan beliau, Datuk Eddin Syazlee Shith.

Selain itu, Mustapa berkata, pembentangan RMKe-12 serta Belanjawan Pembangunan 2022 juga merupakan tumpuan utama EPU bagi tempoh 100 hari pertama pelantikan beliau.

Menurutnya, bagi RMKe-12, isu utama yang akan ditangani dalam tempoh lima tahun akan datang termasuk merapatkan jurang pembangunan negeri dan kawasan di negara ini dalam tempoh sederhana dan jangka panjang.


“Kita telah kenal pasti enam negeri yang terkebelakang termasuk Sabah dan Sarawak yang menjadi tumpuan dalam merapatkan jurang pembangunan di negeri-negeri terbabit.

“Selain itu, kita juga akan menumpukan jurang pendapatan antara golongan B40, M40 dan T20 khususnya yang terkesan akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Mustapa berkata, RMKe-12 juga akan memastikan keperluan asas seperti air, elektrik serta infrastruktur kemudahan internet dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat.

Dalam pada itu, katanya, EPU akan memuktamadkan Belanjawan Pembangunan 2022 bersama-sama Kementerian Kewangan dalam masa terdekat ini. – BERNAMA

Kategori