• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesakit COVID-19 Guna Alat Bantuan Pernafasan Berkurangan

oleh
24/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan di hospital di negara ini menunjukkan trend penurunan sejak 9 Ogos lalu.

Menurut data yang dikemaskini menerusi portal COVIDNOW setakat jam 11.59 malam tadi, 651 kes memerlukan alat bantuan pernafasan mengikut purata tujuh hari, berbanding 921 kes seperti direkodkan pada 9 Ogos lalu.

Secara keseluruhan, kadar penggunaan alat bantuan pernafasan di seluruh negara adalah 49.9 peratus.

Berdasarkan kadar penggunaan alat bantuan pernafasan mengikut negeri, Kedah paling tinggi apabila mencatatkan 74.5 peratus, diikuti Pulau Pinang dengan 74.4 peratus dan Perak (71.4 peratus).

Kadar penggunaan alat bantuan pernafasan di Putrajaya pula merekodkan 62.5 peratus, Pahang (61.9 peratus), Johor (56.7 peratus), Kelantan (56.7 peratus) dan Terengganu (51.9 peratus).

Melaka pula merekodkan kadar penggunaan 47.2 peratus. Manakala Sabah 44.7 peratus, diikuti Sarawak (44.6 peratus), Perlis (41.4 peratus), Kuala Lumpur (37.1 peratus), Selangor (36.7 peratus), Negeri Sembilan (27 peratus) dan Labuan (8.7 peratus).

Penggunaan wad di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula merekodkan kadar 75.9 peratus.

Menurut data COVIDNOW, Pulau Pinang merekodkan kadar penggunaan ICU paling tinggi dengan 99.2 peratus, diiikuti Kedah (97.5 peratus), Putrajaya (90 peratus), Johor (87.3 peratus), Sarawak (87.1 peratus) dan Perak 83.1 peratus.

Selangor merekodkan 78.6 peratus kadar penggunaan wad ICU, disusuli Kuala Lumpur (75.4 peratus), Sabah (72.4 peratus), Terengganu (68.8 peratus), Pahang (68.5 peratus), Perlis (68.4 peratus) dan Kelantan (66.7 peratus).

Kadar penggunaan wad ICU di Melaka mencatatkan 56.2 peratus, Negeri Sembilan (40.9 peratus) dan Labuan (26.1 peratus).

Kredit: BH Online

Tags: alat bantuan pernafasanpesakit COVID-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemasukan Pesakit Covid-19 Ke Hospital Awam Meningkat

Kemasukan Pesakit Covid-19 Ke Hospital Awam Meningkat

25/07/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 18.3 peratus. Ikuti...

Jumlah Pesakit Covid-19 Dirawat Di Hospital Naik 15 Peratus

Jumlah Pesakit Covid-19 Dirawat Di Hospital Naik 15 Peratus

11/07/2022
0

PUTRAJAYA – Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk menunjukkan peningkatan sebanyak 15 peratus. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd