• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Enggan Divaksin Perlu Tanggung Kos Saringan

oleh
06/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penjawat awam yang enggan divaksin tanpa alasan kesihatan perlu menjalani ujian saringan berkala atas tanggungan sendiri.

Beberapa pihak berpendapat, kerajaan tidak perlu dibebankan dengan perbelanjaan tambahan bagi membiayai kos saringan penjawat awam berkenaan berikutan sudah menyediakan vaksin secara percuma kepada rakyat.

Mereka beranggapan, pendirian segelintir penjawat awam terbabit boleh menjejaskan usaha negara untuk beralih ke fasa endemik COVID-19 dan membahayakan kesihatan orang ramai secara keseluruhannya.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat, berkata kerajaan tidak wajar dibebankan dengan perbelanjaan tambahan itu.

“Kerajaan sudah menyediakan vaksin secara percuma kepada rakyat dan tidak wajar dibebani perbelanjaan tambahan menanggung kos saringan kumpulan terbabit.

“Bayangkan berapa kos terpaksa ditanggung kerajaan walaupun hanya satu peratus daripada 1.6 juta penjawat awam enggan divaksin tanpa alasan kesihatan? Kos berkenaan boleh digunakan bagi tujuan lain.

“Masyarakat juga akan melihat penjawat awam sebagai golongan leceh kerana berperangai sedemikian. Tidak wajar bagi golongan pelaksana dasar kerajaan untuk tidak mematuhi saranan pengambilan vaksin,” katanya kepada BH.

Beliau mengulas cadangan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, untuk mewajibkan saringan berkala ke atas penjawat awam yang enggan divaksin tanpa alasan kesihatan.

Menyokong cadangan itu, Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, Sukimin Juki, berkata kos saringan berkala hanya wajar ditanggung kerajaan jika individu terbabit enggan divaksin atas alasan kesihatan.

“Semua lapisan masyarakat bebas memilih sama ada mahu divaksin atau tidak, bergantung kepada idealogi masing-masing. Justeru, mereka juga perlu tahu kesan daripada setiap keputusan berkenaan.

“Jumlah golongan enggan divaksin ini mungkin sedikit tetapi mereka perlu fikir kesan tindakan mereka terhadap masyarakat sekeliling, terutamanya dalam kalangan guru. Tindakan mereka menjejaskan kepercayaan ibu bapa dan penjaga,” katanya.

Presiden Kesatuan Jururawat Malaysia (MNU), Nor Hayati Abd Rashid, berkata kos saringan berkala itu tidak wajar ditanggung kerajaan jika membabitkan jumlah kakitangan yang ramai.

“Perbelanjaan ini sepatutnya digunakan bagi tujuan lain yang lebih bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung (PACSU), Mohd Zaki Mahmood, menyarankan supaya kerajaan menggubal satu dasar membabitkan vaksinasi dan penjawat awam.

“Keadaan ini baharu bagi semua dan satu dasar jelas perlu digubal untuk menyelesaikan isu ini, bagi mengelak sebarang manipulasi atau pertikaian di masa depan,” katanya. – BH Online

Tags: Ceupacsfasa endemikPenjawat Awamujian saringanvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd