• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelantikan Speaker Hak Parti Teraju Kerajaan

oleh
03/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelantikan Speaker Dewan Rakyat adalah berdasarkan tradisi yang diwarisi dari sistem Parlimen Westminster yang diamalkan di Britain yang tidak dinyatakan dalam Perlembagaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, untuk sesuatu yang tidak ada dalam perlembagaan, maka ia perlulah berlandaskan tradisi.

Katanya, tradisi ini telah diamalkan sejak tahun 1688 lagi yang mana pelantikan seorang Speaker adalah hak parti yang menerajui kerajaan dan atas pandangan Perdana Menteri dan ahli Kabinetnya.

“Setakat ini tidak pernah lagi berlaku insiden peletakan jawatan Speaker disebabkan oleh gesaan dari pihak individu atau mana Ahli Parlimen tertentu,” katanya kepada BH.

Beliau mengulas mengenai 15 usul yang dikemukakan ahli Dewan Rakyat untuk menukarkan Speaker Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen mulai 13 September ini.

Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengesahkan pejabatnya menerima usul untuk menukarkan beliau pada Persidangan Penggal Keempat Parlimen ke-14.

Azhar memberitahu beliau menyerahkan usul itu kepada Timbalannya, Datuk Mohd Rashid Hasnon untuk diputuskan kerana ia membabitkan kepentingan beliau.

Wan Junaidi berkata, amalan yang berlaku di Britain itu juga patut diteruskan di Malaysia kerana negara ini mengamalkan model parlimen yang sama.

Katanya, amalan ini juga dapat memastikan adanya kestabilan di dalam pengurusan Parlimen.

Mengulas prosedur mengemukakan usul berkenaan, katanya mana-mana usul yang diberikan kepada Dewan Rakyat semestinya akan di teliti oleh Setiausaha Dewan dengan nasihat Penasihat Undang-Undang Dewan Rakyat sebelum di rujuk kepada Speaker.

Beliau berkata, ini termasuk usul yang mahukan Speaker meletak jawatan.

“Usul peletakan jawatan Speaker semesti merujuk kepada Fasal 57(2)(c) Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan 4(1) Peraturan-Peraturan Majlis Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa usul meminta Speaker ditukarkan itu sudah diserahkan kepada Timbalan Speaker untuk dikaji dan diputuskan.

Katanya, beliau dimaklumkan langkah itu kerana Speaker berpandangan tidak wajar bagi dirinya sendiri meneliti untuk mengelak percanggahan kepentingan.

“Proses ini tidak boleh membabitkan Perdana Menteri dan ahli Kabinetnya kerana soal dalaman Parlimen tidak ada kena mengena dengan cabang eksekutif.

“Usul begini mesti didahulukan dengan Pemberitahu tidak kurang dari 14 hari mengikut Peraturan 26(1) dan Peraturan 27(1) Peraturan Majlis Dewan Rakyat.

“Pemberitahu dan Usul sedemikian juga akan dikaji menerusi proses biasa sama ada menepati Peraturan-Peraturan Majlis Dewan Rakyat.

“Jikalau Pemberitahu atau usul sedemikian tidak menepati Peraturan, maka, mengikut Peraturan 27(5)(b), ia perlu dikembalikan kepada Ahli membuat usul itu untuk memaklumkan ditolak kerana tidak ikut Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat,” katanya.

Menjelaskan, katanya jika usul diterima ia akan disenaraikan seperti biasa dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat.

Ditanya mengenai usul oleh Datuk Seri Azalina Othman mengenai Rang Undang-undang Pemecatan Ahli Parlimen, katanya oleh kerana ia dibuat oleh Ahli bukan Kerajaan maka ia akan menjadi usul peribadi.

“Usul itu tertakluk kepada Peraturan 15, Peraturan Majlis Dewan Rakyat iaitu disenarai selepas urusan-urusan kerajaan,” katanya. – BH Online

Tags: persidangan parlimenSpeaker Dewan RakyatWan Junaidi Tuanku Jaafar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Speaker Dewan Rakyat Syor PLKN Dikembalikan Semula

Speaker Dewan Rakyat Syor PLKN Dikembalikan Semula

03/06/2023
0

BANGI: Negara perlu membuat persediaan awal melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis supaya masa hadapan Malaysia dapat menjadi lebih baik. Ikuti...

Pemilihan Speaker Dewan Rakyat Pada 19 Disember Ini

Pemilihan Speaker Dewan Rakyat Pada 19 Disember Ini

01/12/2022
0

SHAH ALAM - Pemilihan Speaker merupakan agenda utama dalam persidangan Dewan Rakyat bagi Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang akan bersidang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd