• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nafi Terbabit Kegiatan Seludup Keluar Nur Sajat

oleh
22/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Seorang lelaki tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar hari ini bagi menafikan dakwaan dia terbabit dengan kegiatan menyeludup keluar usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat menggunakan laluan kereta api di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar.

Wan Azhar Harun, 51, yang bekerja sebagai penternak lembu itu tampil ditemani peguam, Zuhair Ahmad Zakuan kira-kira 1 tengah hari sebelum keluar 39 minit kemudian.

Zuhair yang ditemui pemberita berkata, tujuan anak guamnya tampil di IPD Kangar adalah untuk melakukan penafian.

“Anak guam saya datang ke sini untuk membuat penafian terhadap dakwaan aktiviti penyeludupan individu yang bernama Nur Sajat yang ditularkan dan dilaporkan dalam media pada waktu ini.

“Anak guam saya tidak terbabit sama sekali dalam hal ini dan tiada arahan tangkapan di keluarkan polis untuk menangkap anak guam saya,” katanya ketika ditemui di luar IPD Kangar di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya bagaimanapun tidak membuat laporan polis ketika hadir melakukan penafian berkenaan. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superitendan Mohd Anuar Jusoh mengesahkan penafian yang dilakukan oleh lelaki berkenaan. – myMetro Online

Tags: laluan kereta apiMuhammad SajjadNur Sajatpenyeludupansempadan Malaysia-Thailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ganja: Polis Perketat Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand

12/06/2022
0

MELAKA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan pintu sempadan Malaysia-Thailand selepas negara jiran itu memutuskan membenarkan rakyatnya menanam pokok...

Sajat Pelik Dikecam Bila Pakai Bikini

28/10/2021
0

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat ‘panas’ apabila telah dikecam orang ramai berhubung ‘posting’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd