• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Kabinet Pertama Kerajaan Baharu Hari Ini

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARI ini merupakan mesyuarat kabinet pertama kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sudah menjadi rutin mesyuarat kabinet dijalankan pada setiap hari Rabu.

Bagaimanapun, mesyuarat itu akan dijalankan secara dalam talian kerana Ismail Sabri kini sedang menjalani kuarantin di rumah selepas didapati ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Dalam pada itu, beliau juga akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah berkaitan peralihan kawasan Lembah Klang ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang kini telah mencapai kadar vaksinasi melebihi 80 peratus.

Justeru, rakyat amat menunggu kebijaksanaan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan baharu ini.

Segala inti pati atau sebarang keputusan dalam mesyuarat kabinet pertama itu tentunya menjadi fokus rakyat yang mengharapkan akan ada perubahan baik melalui perbincangan tersebut terutamanya berkaitan usaha mengatasi penularan Covid-19.

Semalam seluruh negara meraikan tarikh, 31 Ogos yang merupakan tarikh keramat bagi semua rakyat Malaysia pelbagai bangsa.

Tarikh tersebut mengingatkan kita tentang penat lelah pejuang terdahulu dalam menghadiahkan kemerdekaan buat negara.

Dalam pada negara masih bergelut melawan pandemik Covid-19, sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64 tetap diraikan walaupun secara sederhana.

Sempena kemerdekaan juga rakyat menzahirkan penuh harapan untuk negara bebas selama-lamanya daripada pandemik Covid-19.

Yang penting pada ketika ini ialah membantu rakyat yang kini sedang menderita. – Sinar Harian

Tags: Ismail Sabri Yaakobmesyuarat kabinetPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Jawab Soalan Pelajar Sekolah: Ciri-Ciri Generasi Muda, Perdana Menteri Yang Baik Tidak Boleh Lupa Adab

PMX Anwar Jawab Soalan Pelajar Sekolah: Ciri-Ciri Generasi Muda, Perdana Menteri Yang Baik Tidak Boleh Lupa Adab

13/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa adab merupakan antara ciri penting yang perlu dimiliki seseorang...

‘Nah Sekarang, Di Mana Cerdiknya Perdana Menteri Yang Penyokong PH Agung-Agungkan?’ – Ahmad Fadhli

‘Nah Sekarang, Di Mana Cerdiknya Perdana Menteri Yang Penyokong PH Agung-Agungkan?’ – Ahmad Fadhli

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd